Isnin, 2 Oktober 2017

PINJAMAN WANG TERENGGANU

Pasti MURAH, pasti MUDAH, pasti MESRA, Kadar faedah yang rendah & tidak membebankan, Tempoh pembayaran PANJANG & FLEKSIBEL, Had pinjaman lebih tinggi, Tanpa PENJAMIN,  Jaminan kelulusan 1/2 jam ( pada hari yang sama ) Tunai Segera, Sulit & Selamat, Outcall Services.

Untuk pertanyaan lebih lanjut,
Sila hubungi 0169626436.

Rabu, 2 November 2016

PENAPIS AIR TERBAIK

PENAPIS AIR CUCKOO MERUPAKAN AIR ALKALI DAN MINERAL.. 📢📢📢 Nak BAYAR BULAN2 PUN BOLEH.. Lebih MURAH.. Penjimatan yang Berbaloi-baloi.. 🙀🙀🙀

JIMAT RM265 pengecualian Yuran Pendaftaran! 💥💥💥

🔵  Skim ansuran yang murah bermula (RM72 sebulan termasuk GST 6%).. Cantik, moden & style.. Anda/ anak-anak anda boleh bawa air bersih dan sihat ke tempat kerja/sekolah setiap hari.. Cuci muka dengan air suam CUCKOO - Kulit akan licin, tiada kuman dan tiada klorin yg mempercepatkan proses penuaan.. Dapat jaga buah pinggang seisi keluarga.. Masak nasi dengan air CUCKOO akan mempercepatkan proses memasak dan nasi tahan pada masa lama.. Penapis air Cuckoo HALAL, ada sijil oleh JAKIM & KOREA.. MENEPATI PIAWAIAN WHO
- syarat piawaian ini adalah bersih dari logam berat
- Menggunakan sistem Penapisan TEKNOLOGI NANO POSITIF untuk membunuh kuman
-memperkaya mineral dan menutralkan air kepada PH 7.5 (alkali ringan)

🔵  FUNGSI SUHU PANAS, SUAM & SEJUK
- tak perlu lagi menjerang air, tak perlu lagi penuhkan peti ais dengan botol-botol air. Jimat ruang peti ais. SERVIS & TUKAR FILTER SETIAP 4 BULAN - Servis menggunakan kaedah STERIL.. WARANTI & ALAT GANTI percuma sehingga 5 tahun. Ada orang cari yang murah2, tapi dia tak tahu yang murah tulah takde waranti. TAPI ORANG BIJAK dia cari yang waranti dengan harga yang berpatutan.

🔵  AIR TERUS DARI PAIP - tak perlu tambah air, kita tarik dari paip je.. BOLEH BEROPERASI DENGAN TEKANAN AIR RENDAH - Hanya dengan tekanan serendah 5psi.. Kalau rumah pangsa tu takde masalah untuk pasang CUCKOO ni.. TANGKI STAINLESS STEEL - Tangki ini digunakan supaya air cepat panas dan cepat sejuk. Tidak menggunakan plastik dan coil pemanas. Jadi bila cepat, kadar penggunaan elektrik pun kurang. budak elektrik faham istilah ni.. JIMAT ELEKTRIK
- Bil Elektrik KURANG RM10 sebulan (fungsi panas dan sejuk).. SISTEM PENAPISAN CEPAT
- CUCKOO menghasilkan 3 liter air dalam masa 1 minit.. BEST SME AWARD 2015-2016
-  untuk penapis air dan udara di Malaysia.

<<<PRODUK CUCKOO MEMANG TERBAIK<<<

❌  Tak perlu slip gaji
❌  Tak perlu deposit tunai
❌  Tak perlu kwsp
❌  Tak perlu garentor
❌  Tanpa yuran pendaftaran
✔ Suri rumah pon boleh apply
✔ Blacklist, ctos, ccriss boleh apply
✔ Cuma perlu bayar 1 bulan sahaja

✎ FREE penghantaran seluruh Negara
✎ FREE Servis/Pertukaran filter setiap 4 bulan selama 5 Tahun
✎ FREE relocation product jika berpindah
✎ FREE Warranty kerosakkan selama 5 tahun

1st IN THE MARKET
Cuckoo Natural Care Services :
STEAM STERILISATION 😀😀😀😀

Kami juga sediakan servis DOOR TO DOOR. Just hubungi kami, berdesutt kami sampai ke rumah anda untuk penerangan PERCUMA tanpa syarat dan untuk urusan pembelian seterusnya. 😀😀

Untuk makluman, NAPI (ID: 24268) merupakan wakil sah Cuckoo HQ untuk menguruskan pemohonan dan pemasangan SELURUH NEGARA 👍👍👍👍👍👍👍👍

Jika anda berminat untuk order Penapis Air Cuckoo dengan kami.. Anda boleh order secara online @ boleh terus datang ke booth kami di Mydin Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.. Terima kasih kepada anda semua yang mempercayai khidmat kami.. 💥💥💥 Temujanji, tempahan @ untuk urusan lebih PANTAS & EKSKLUSIF 🌺🌺🌺

Call / Mesej 📲017 9077797 (NAPI)
Call / Mesej 📲017 9077797 (NAPI)

Untuk info tentang penapis air Cuckoo kami, boleh layari Fan Page kami iaitu Cuckoo Top Terengganu

https://www.facebook.com/CuckooTopTerengganu/

Jumaat, 21 Jun 2013

PELABURAN YANG LEBIH MENGUNTUNGKAN

Tentu ramai diantara kita sentiasa membuat kajian atau membuat perbandingan pelaburan mana yang paling sesuai untuk kita ceburi dalam erti kata lain untuk mendapatkan keuntungan,ramai yang memberikan pandangan dan pendapat yang berbeza-beza ada yang menyatakan pelaburan dalam hartanah adalah menguntungkan..ada pula yang berkata sebaliknya bahawa pelaburan dalam rumah adalah lebih menguntungkan dan ada pula yang menyatakan emaslah yang paling menguntungkan.

Apapun pendapat mereka…mari kita kaji dan meneliti perbandingan yang saya paparkan ini.



KEUNTUNGAN MEMBELI RUMAH 


-Boleh menyewakan terus (paling utama).
-Tidak perlu mengubahsuai rumah.
-Boleh refinance rumah tersebut.
-permintaan pasaran tinggi.
-Kenaikan harga tahunan yang tinggi.
-Harga rumah sekarang Rm50,000 – maksimum.
-Rumah perlu di dalam keadaan baik jika hendak dijual.
-Bukan harta warisan yang baik ,jika hendak dibahagikan kepada bilangan anak yang ramai.
-Memerlukan khidmat peguam dalam urusan penjualan.



KEUNTUNGAN MEMBELI TANAH

-Boleh diusahakan untuk menanam sawit/getah(paling utama).
-Boleh mohon agrobank untuk membuat pinjaman.
-Permintaan pasaran tinggi.
-Kenaikan harga tahunan yang tinggi.
-Harga tanah dari serendah RM35,000 seekar ke harga maksimum
-Hasil pertama dapat dituai ,sekurang-kurangnya pada tahun ke-4 jika diusahakan.
-Memerlukan tenaga kerja serta modal untuk diusahakan.
-Memerlukan Peguam dalam urusan penjualan.



KEUNTUNGAN MEMBELI EMAS

-Emas adalah aset.
-Kenaikan harga tahunan emas adalah tinggi,sekitar 30%-40% setahun..sejarah membuktikan kenaikan harga emas 500% 10 tahun lepas.
-Emas magnet kekayaan dan kalis kemiskinan.
-Emas kalis inflasi.
-Emas jongkong dan juga emas perhiasan boleh di pajakkandi Ar-rahnu dan pinjaman diberikan sebanyak 65%-70%,jika memerlukan wang untuk digunakan(bermakna aset tidak hilang).
-Emas harta warisan terbaik kepada anak-anak.boleh di berikan sama rata dan tidak timbul perasaan tidak puas hati.
-Modal yang kecil serendah RM700.00.
-Boleh memberikan keuntungan maksimum sehingga 40% hanya dalam setahun ,tanpa perlu penyelangaraan atau tenaga kerja,jika hendak di jual semula.
-Tidak memerlukan peguam dalam urusan penjualan.
-Emas adalah pelaburan didalam kawalan anda,tanpa perlu mengupah orang untuk menjaganya.

Dengan perbandingan diatas ,saya rasa anda tentu telah dapat memilih pelaburan yang mana paling sesuai dengan kemampuan diri anda dan juga paling kecil risikonya atau langsung tiada risiko.

BANDAR YANG PALING RAMAI DIKUNJUNGI PELANCONG DI DUNIA


Shanghai
10. Shanghai
Terletak di muara sungai Yangtze, Shanghai menarai minat 6.7 juta pengunjung setiap tahun. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah the Bund and the City God Temple. Menjadi tuan rumah sukan Olimpik 2008.




9. Hong Kong
Merupakan pusat kewangan yang utama dunia yang membantunya untuk menarik seramai 7 juta pengunjung setiap tahun. Menonjolkan pembinaan bangunan dengan latar belakang gunungan yang menakjubkan. Juga mempunyai tapak warisan dan desa hijau yag meluas. 



8. Istanbul
Dahulunya dikenali dengan nama Konstantinopal. Terletak di Turki, menarik 7.5 juta pengunjung. Bandaraya yang unik kerana terletak di antara dua buah benua iaitu benua Asia dan benua Eropah. Tarikan utamanya adalah masjid-masjid dan istana. Para penduduknya cukup baik dan peramah.



7. Dubai
Terletak di United Arab Emirates (UAE), merupakan bandaraya yang mempunyai bangunan-bangunan moden terbaik di dunia pada masa kini. Di sini terletaknya bangunan tertinggi di dunia. Menarik purata 7.8 juta pengunjung setiap tahun.



6. New York
Berada di tangga keenam, namun mempunyai purata pengunjung seramai 8.7 juta. Tumpuan utama di sini ialah  Empire State Building, Statue of Liberty, Ellis Island, Broadway theater productions, muzium seperti  Metropolitan Museum of Art, taman rekriasi seperti Central Park and Washington Square Park, Rockefeller Center, Times Square, the Natural History Museum dan sebagainya.



5. Kuala Lumpur
Merupakan ibu negara Malaysia. Tarikan utamanya adalah Menara Berkembar Petronas yang menjadi bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998 hingga 2004. Purata pengunjung antarabangsa adalah seramai 8.9 juta.



4. Singapura
Merupakan pusat kewangan dunia. Mempunyai dua buah kasino utama yang menarik ramai pengunjung luar. Secara purata menerima 9.7 juta pengunjung setiap tahun.



3. Bangkok
Ibu negara Thailand ini mampu menarik secara purata seramai 10.2 juta pengunjung setiap tahun. Tarikan utama pengunjung ke sini ialah Grand Palace, Wat Pho dan Wat Arun.



2. London
Terletak di England, mempunyai purata pengunjung sebanyak 14 juta setiap tahun. Tarikan utama di sini ialah Trafalgar Square, Covent Garden, London Eye, Natural History Museum, Covent Garden, The Globe Theatre dan big Ben.



1. Paris
Paris merupakan ibu negara Perancis, juga dikenali dengan nama Romantic City.Muzium-muzium serta binaan bangunan yang hebat dan seni bina yang luar biasa menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Tempat yang menjadi tumpuan pastinya Eiffel Towel, Les Invalides, Muzium Louvre dan banyak lagi. Mempunyai purata pengunjung sebanyak 14.8 juta setahun.   

Jumaat, 14 Jun 2013

RAHSIA PERGERAKAN ANGGOTA BADAN

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat.Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui.Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yang lalu.Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat.Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita.Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.
eyes
Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan.
Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira dihati
Umbun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak = akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan.
Telinga bergerakakan = berkelahi
Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
Bahu kiri bergerah-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia.

Wallahu A’lam..

Sabtu, 20 April 2013

KISAH WANITA TUA ZAMAN NABI BERULANG DI AMERIKA


Gambar hiasan sahaja

Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW?

Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.

Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.

Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.

Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.

Pada satu hari wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya.

Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.

Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut  menarik perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah….

Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.

Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.

Siapakah Suhaib ? layari laman web beliau: www.suhaibwebb.com

Firman ALLAH yang bermaksud:

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)

Islam menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya ALLAH mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.”

Wallahu’alam….

Jumaat, 5 April 2013

AKIBAT KEPANASAN MELAMPAU



Info yg bagus untuk dikongsi bersama......
Cuaca panas dan tidak menentu yang melanda seluruh negara ketika ini merunsingkan semua. Di negeri-negeri sebelah utara, cuaca panas terik disusuli kemarau yang mengeringkan sungai-sungai dan juga sawah.

Sementara di Lembah Kelang pula, bahang panas tetap terasa sekali pun selepas hujan turun untuk seketika. Di kawasan Selatan dan Pantai Timur juga turut mengalami keadaan yang sama.

Monsun Timur Laut

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kini berada dalam fasa terakhir Monsun Timur Laut yang mana cuaca lebih panas dan kering berbanding bulan Disember 2009 dan Januari 2010 lalu.

Secara perbandingan, suhu lebih tinggi pada Februari hingga April berbanding bulan lain. Suhu yang dicatatkan pada 1 hingga 23 Februari 2010 lalu menunjukkan antara 34oC hingga 36oC. Sedangkan purata suhu negara ini adalah sekitar 28oC hingga 33oC.


Rekod suhu paling tinggi pernah dicatatkan di negara ini pada 9 April 1998 di Chuping, Perlis ialah 40.1oC iaitu ketika fenomena El-Nino melanda. Sementara itu, suhu maksimum juga pernah dicatatkan di tempat yang sama, Chuping dan Pulau Langkawi pada 21 dan 26 Februari 1998 dengan suhu 38.6oC.

Kadar Hujan

Sepanjang tempoh 1 hingga 23 Februari 2010 lalu juga, bacaan di 26 daripada 35 stesen meteorologi di seluruh negara menunjukkan hujan turun kurang daripada paras sederhana, 4 stesen pula pada paras sederhana dan hanya 5 melebihi paras itu.

Kawasan yang menerima hujan rendah adalah Perlis, Kedah (termasuk Pulau Langkawi), Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor, Sabah (semua bahagian) dan Sarawak (Miri, Bintulu dan Limbang).

Heat-Related Injury

Terdapat tiga peringkat HRI berlaku iaitu:


1. Kejang akibat kepanasan (heat cramps)

* Sakit otot di bahagian abdomen, lengan dan kaki yang berlaku disebabkan oleh aktiviti berterusan.

* Badan tidak berpeluh ketika melakukan aktiviti berat yang berterusan menyebabkan anda terdedah kepada heat cramps.

* Perpeluhan melampau hingga menyebabkan garam dan cecair dalam badan kehabisan, menyebabkan paras garam rendah dalam otot.

Heat cramps juga merupakan contoh lesu akibat kepanasan (heat exhaustion).


2. Lesu akibat panas (heat exhaustion)

* Bentuk ringan HRI yang boleh berlaku akibat beberapa hari terdedah kepada suhu tinggi dan tidak mendapat keseimbangan cecair dalam badan.

* Mereka yang berusia dan mempunyai tekanan darah tinggi serta berkerja atau bersukan di bawah terik mentari lebih terdedah kepada masalah ini.

* Tanda-tanda adalah berpeluh melampau, pucat, kejang otot, keletihan, lemah tubuh badan, pening-pening, sakit kepala, muntah, mabuk dan pengsan.

* Lain-lain simptom berkaitan - kulit sejuk dan lembap, denyutan jantung lemah atau laju, pernafasan lemah atau terlalu laju.

* Jika mengalami lesu akibat panas, sila ambil langkah ini : minum air kosong, jus buah-buahan atau minuman isotonik; rehat dalam kawasan pendingin hawa; mandi atau berendam dalam air; pakai pakaian nipis.


3. Strok panas (heat stroke)

Keadaan paling teruk bagi HRI. Biasanya disebabkan bersukan atau kerja berat di kawasan panas ditambah dengan cecair yang kurang dalam tubuh badan. Tanda-tanda mengalami heat stroke :

* Suhu badan terlalu tinggi (melebihi 40oC boleh menyebabkan pengsan)
* Kulit menjadi merah, panas dan kering (tiada peluh)
* Nadi kuat dan laju
* Kepala berdenyut-denyut
* Pening-pening, muntah, keliru, tidak sedar diri.

Kanak-kanak, orang tua, individu obes dan individu yang kurang berpeluh (akibat keturunan) berisiko tinggi mengalami masalah ini.

Bagi atlet yang mengalami keadaan ini di padang, tiba-tiba mereka hilang kawalan diri dan tidak memahami permainan. Atlet itu tidak sedar dia sedang mengalami keadaan strok panas, simptom hanya boleh dilihat oleh orang di sekelilingnya.

Rawatan strok panas - seandainya sukar untuk merendamkan mangsa dalam air sejuk gunakan kaedah ini :

# Mandikan mangsa dengan air sejuk
# Renjis air sejuk pada mangsa menggunakan pam air taman
# Span mangsa dengan air sejuk
# Letakkan beg ais pada leher, ketiak dan kawasan sulit
# Jika kelembapan rendah, balut mangsa dengan selimut basah dan sejuk dan kipas
# Jika mangsa sedar, beri dia minum air sejuk
# Pesakit perlu dibawa ke hospital untuk pemerhatian doktor sekali pun rawatan di padang berjaya.

Perhatikan suhu badan dan teruskan proses penyejukan hingga suhu badan menurun kepada 36oC atau 37oC (mangsa perlu dikeluarkan daripada air untuk menghalang penyejukan lampau apabila suhu stabil).