Isnin, 26 November 2012

LIRIK LAGU INGGERIS PILIHANKU

Heart Evangelista Please Be Careful With My Heart Feat. John Pratts 


If you love me, Like you tell me
Please be careful with my heart
You can take it, Just don't break it
Or my world will fall apart

You are my first romance (First romance)
And I'm willing to (I;m willing to take a chance) take a chance
That till life is through
I'll still be loving you (I'll still be loving you)

I will be true to you (I will be true to you)
Just a promise from you (And yes I promise you)will do
From the very start
Please be careful with my heart (I will and I promis you)

I love you and you know I do
There'll be no one else for me
Promise I'll be always true
For the world and all to see

Love has hurt, Some lies softly spoken
And I have had my heart badly broken
I've been burned and I've been hurt before
So I know just how you (I know how) feel
Trust my love is real (Is real) for you (Your love for me is real)
I'll be gentle with your heart (And baby)
I'll caress it like the morning dew
I'll be right beside you forever (Forever)
I wont let our world fall apart
From the very start
I'll be careful with your heart

You are my first (And you are my last) romance
And I'm willing to take (I'm willing to take a chance) a chance
That till life is through
I'll still be loving you
I will be true (I will be true) to you
Just a promise from you (And yes I promise you) will do
From the very start (From the very start)
From the very start (From the very start)
From the very start
Please be careful with (I'll be careful with)
My (your) heart



Lirik Lagu Selena Gomez – Love You Like A Love Song
[Verse 1]
It’s been said and done
Every beautiful thought’s been already sung
And I guess right now here’s another one
So your melody will play on and on, with best we own
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A center full of miracle, lyrical
You’ve saved my life again
And I want you to know baby
[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat
[Verse 2]
Cursing me, boy you played through my mind like a symphony
There’s no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I’ve been rescued
I’ve been set free
I am hyptonized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are…I want you to know baby
[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat
[Bridge]
No one can pause
You stand alone, to every record I own
Music to my hear that’s what you are
A song that goes on and on
[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I love you…like a love song…

Rabu, 21 November 2012

LEUNIEY


Profil

Nama : Nur Leuniey Natasha
Umur: 21 tahun
Asal: Kota Bharu Kelantan
Kerjaya : Pemilik Butik Perkahwinan

leuniey isteri apek






Nur Eilunie Natasha Nazri

KOTA BHARU: Usahawan dan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey yang namanya menjadi sebutan gara-gara dikaitkan dengan penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, Februari lalu, mengakui berdepan dilema sama ada mahu bergelar pelakon selepas ‘diburu’ produser yang menawarkannya berlakon.


Anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang yang disifatkan bertuah oleh banyak pihak kerana kini semakin dikenali selepas terpilih menjadi model untuk klip video iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, sudah mendapat tawaran berlakon daripada produser Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan produser Metrowealth International Group (MIG), David Teo.

Menurut Leuniey, dua produser terkenal itu menawarkan sendiri peluang untuk dia berlakon baru-baru ini, tetapi terpaksa ditolak buat sementara waktu.

“Memang saya ada menerima tawaran untuk berlakon, tetapi terpaksa menolaknya buat sementara waktu berikutan perlu menguruskan perniagaan butik pengantin yang diusahakan.

“Pada masa sama, saya duduk di Kota Bharu dan jika hendak berlakon perlu ke Kuala Lumpur menyebabkan sukar untuk saya membuat keputusan,” katanya ketika ditemui kelmarin.


Leuniey berkata, selepas terpilih menjadi model iklan produk SimplySiti, dia bersedia untuk ‘terjun’ ke ‘dunia glamor’ namun memerlukan masa dan perancangan yang rapi.

Sebelum ini, nama Leuniey menjadi sebutan apabila didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Khairul Fahmi, membuatkan dia tampil memberi penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gawang skuad bola sepak negara itu.

Selepas wajah Leuniey terpampang di hampir semua akhbar arus perdana, dia mula menjadi sebutan, malah namanya yang dulu tidak popular di Internet kini menjadi popular apabila mencatatkan ribuan carian menggunakan namanya.
Sementara itu, Zaiton ketika dihubungi berkata, dia mengakui menawarkan peluang berlakon kepada Leuiney.

Katanya, Leuniey tidak dapat menerima tawarannya itu kerana perlu menguruskan perniagaannya, apatah lagi ketika musim cuti sekolah ini, dia menerima banyak tempahan untuk majlis perkahwinan.

“Leuniey ada rupa dan ada pakej untuk bergelar pelakon. Pada masa sama, dia juga semakin dikenali kerana menjadi model untuk klip video produk minyak wangi SimplySiti.

“Kita pada bila-bila masa bersedia menerima Leuniey untuk berlakon jika dia sudah bersedia,” katanya.




leuniey isteri apek
leuniey isteri apekleuniey isteri apekleuniey isteri apekleuniey isteri apekleuniey isteri apek

Jumaat, 16 November 2012

AMALAN SUNNAH


 

Tujuh Amalan Sunnah Menghampirkan Diri 

Kepada ALLAH SWT ..

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Rasulullah s.a.w. diutuskan oleh Allah s.w.t untuk membawa rahmat 
sekelian alam. Baginda diutuskan sebagai pembawa risalah Allah s.w.t. 
dan mengajak mausia kepada keimanan dan kesejahteraan hidup di 
dunia dan akhirat. Baginda menunjukkan suri tauladan yang baik dan 
membawa manusia kepada jalan yang hak dan membetulkan perjalanna 
hidup manusia kepada keredhaan Allah s.w.t.

Terdapat tujuh amalan Nabi s.a.w. yang tidak pernah ditinggalkan 
baginda sebagai sunnah dan amalan seharian. iaitu :

Pertama : Melaksanakan solat berjemaah di masjid.

Abdullah bin Umar r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda 
yang bermaksud, "Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali 
baik mutunya daripada solat bersendirian."

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Barangsiapa yang pergi ke masjid 
untuk berjemaah, maka satu langkah menghapuskan kesalahan (dosa) 
dan yang satu langkah lainnya dituliskan kebaikan. Hal itu berlangsung 
pada saat berangkat maupun pulang."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Kedua : Mengerjakan solat tahajjud.


Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, 
“Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya 
solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, 
dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, 
dan menutupi dosa atau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit 
dari badan.”
( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. 
Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi s.a.w.: “Mengapa engkau 
melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni 
dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: 
“Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari)

Ketiga : Membaca al-Qur'an.
Pembaca al-Qur'an akan mendapat kemuliaan dihari akhirat nanti.

1.Mereka adalah keluarga Allah s.w.t.
Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, 
"Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada 
manusia."
Kemudian Anas berkata lagi, "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau 
menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga 
Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah".
2.Ditempatkan di Syurga yang paling tinggi.
Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari Nabi s.a.w, baginda 
bersabd maksudnya , " Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti 
engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat 
tinggalmu di Syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."

3. Ahli al-Qur'an adalah orang yang arif di Syurga.
Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara 
penghuni Syurga".

4. Dapat memberi syafaat kepada ahli keluarga.
Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, 
"Barangsiapa membaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan 
memasukkannya ke dalam Syurga dan memberikannya hak syafaat 
untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah 
di tetapkan untuk masuk Neraka."5.Memakai mahkota kehormatan.
Daripada Abu Hurairah ra.daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda 
maksudnya :" Orang yang hafal Al Quran, pada hari kiamat nanti akan 
datang dan Al Quran akan berkata; "Wahai Tuhan, pakaikanlah dia 
dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut diberikan 
mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi : "Wahai Tuhan tambahlah 
pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran 
lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan, redhailah dia." Maka kepadanya 
dikatakan; "Bacalah dan naiklah."Dan untuk setiap ayat, ia di beri 
tambahan satu kebajikan."

6. Al-Qur'an merupakan bekalan terbaik.
Daripada Jabir bin Nufair, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda 
maksudnya :"Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan 
membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal 
daripada-Nya iaitu Al Quran.

Keempat: Solat Dhuha.

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang 
bermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara 
kamu ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, 
setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu 
sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya 
itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat dhuha."(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah s.a.w) 
telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) 
tiga hari setiap bulan, solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum 
saya tidur".
(Hadis Riwayat Lima Imam Hadis).

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud,"Barangsiap yang keluar dari 
rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu, 
pahalanya seperti pahala haji. Barangsiapa yang keluar untuk solat 
Dhuha dan tidak keluar melainkan hanya untuk itu, pahalanya seperti 
pahala umrah."
(Hadis Riwayat Abu Daud).

Kelima : Memberi sedekah.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan 
menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami 
berikan kepada kamu sebelum seorang dari kamu sampai ajal maut 
kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan 
katanya : “Wahai Tuhanku!Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan 
kedatangan ajal matiku- ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya 
aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang 
soleh.”
(Surah al-Munafiqqun ayat 10)

Orang Mukmin Mendapat Perlindungan Dengan Bersedekah Pada Hari 
Kiamat :
Dalam sebuah hadis diceritakan bahawa ada tujuh golongan yang akan 
mendapatkan perlindungan Allah pada hari di mana tiada perlingungan 
sama sekali selain perlindungan Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“…..Seorang lelaki yang bersedekah secara diam-diam sehinggalah tangan 
kirinya tidak mengetahui apa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.”
(Hadis Riwayar Bukhari dan Muslim)

Keenam : Beristighfar dan berzikir.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah serta bertaubat 
kepada-Nya sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari semalam."

Memperbanyakkan istighfar serta taubat juga menjadi sebab bagi 
terhurainya segala masaalah serta terbuka luas segala pintu rezeki.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah 
akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan 
menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah 
memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka."Berzikir dapat melepaskan diri dari bahaya. Firman Allah s.w.t 
maksudnya : “Maka Yunus ditelan oleh ikan yang besar.Maka kalau 
sekiranya,dia tidak termasuk orang-orang banyak mengingat Allah,
nescaya ia akan tetap tinggal dalam perut ikan itu hingga hari berbangkit”.
(Surah As Shafaat ayat 142)

Berzikir memperoleh pahala yang tinggi. Rasulullah bersabda maksudnya : 
“Dua kalimah yang tercinta kepada Tuhan Yang pemurah,ringan diucapkan 
pada lidah,berat dalam timbangan iaitu: Subhanallahi Wabihamdihi, 
Subhanallahil Aziim.”
(Hadis Bukhari dan Muslim)

Firman Allah : “Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan 
merendahkan diri dan rasa takut,dan dengan tidak mengeraskan suara,
di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang 
lalai.
(Surah Al ‘Araf ayat 205)

Ketujuh : Sentiasa berwudhu'.

Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda 
bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah salah seorang di antara kamu berwudhu', maka ia sempurnakan 
wudhu'nya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan 
kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi 
bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan 
baginya delapan pintu Syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang 
dikehendakinya."(Hadis Riwayat Muslim )

Dari Abu Hurairah r.a. yang berkata, bahawa ia mendengar Rasulullah 
s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya umatku akan dipanggil 
pada hari kiamat dalam keadaan bersinar putih wajah dan anggota 
wudhu'nya dari bekas-bekas wudhu'. Barangsiapa di antara kamu ingin 
memanjanglan sinarnya, maka lakukanlah."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan tujuh perkara amalan sunnah yang 
tidak pernah ditinggalkan oleh kekasih kita Junjungan Besar Nabi 
Muhammad s.a.w. sebagai amalan harian tanda cinta dan kasih kita 
kepada baginda. Amalan ini akan menghampirkan diri kita dengan Allah 
s.w.t. dan akan dapat membantu kita di hari akhirat nanti ketika itu tidak 
akan ada pembantu melainkan amalan soleh yang kita laksanakan ketika 
di dunia.

KELEBIHAN SOLAT SUBUH


 

 

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan 
solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, 
janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain 
daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih 
lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat 
Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif 
menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, 
iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir 
matahari. 

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan 
berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam 
Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong 
untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang 
menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit 
dan payah untuk bangun dari tidur. 

Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk 
merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan 
meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat 
Subuh tidak pada waktunya yang betul.


Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa 
keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. 
Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya 
yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana 
disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka 
suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, 
Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)


Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara 
Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang 
secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.


Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan 
rahmat dan keredaan Allah SWT. 

Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama 
dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari 
dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu 
berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, 
dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan 
daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah 
keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)


Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan 
dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam 
at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat 
Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”


Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita 
untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan 
solat Subuh? 

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya 
dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah 
SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah 
solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka 
seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” 
(Hadis riwayat Muslim).


Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. 
Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan 
digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah 
SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu 
yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). 

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.


Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga 
akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan 
purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), 
sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam 
memandangnya. 

Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan 
solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. 
Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka 
Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. 
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam 
jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan 
janji-Nya. 

Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, 
Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan 
mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn 
Majah)


Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti 
dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan 
berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.