Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan
solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu,
janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain
daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih
lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat
Muslim)
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif
menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari,
iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir
matahari.
Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan
Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan
berakhir pada waktu matahari terbit.
Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam
Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam
Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong
untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang
menjaga dan mengerjakannya.
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit
dan payah untuk bangun dari tidur.
Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk
Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk
merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan
meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat
Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa
keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain.
Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya
yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana
disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka
suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi,
Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara
Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara
Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang
secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.
Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan
Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan
rahmat dan keredaan Allah SWT.
Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama
Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama
dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari
dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu
berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi,
dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan
daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah
keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)
Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan
Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan
dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam
at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat
Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita
untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan
solat Subuh?
Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya
Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya
dibandingkan dunia dan seisinya?
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat.
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah
solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka
seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”
(Hadis riwayat Muslim).
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat.
Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan
digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.
Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu
yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari).
Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.
Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga
akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan
“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan
purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah),
sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam
memandangnya.
Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan
Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan
solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari.
Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka
Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam
jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan
janji-Nya.
Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh,
Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh,
Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan
mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn
Majah)
Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti
Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti
dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan
berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan