Dalam temuramah bersama Remaja, Diana Danielle mendedahkan lima perkara yang mungkin anda tidak tahu tentang pelakon remaja popular ini. Lima perkara tentang Diana Danielle itu adalah seperti berikut;
- Diana Danielle seorang yang kidal
- Diana Danielle seorang yang rabun jauh
- Diana Danielle seorang yang sangat suka makan petai
- Hobi terbaru Diana Danielle adalah menunggang kuda
- Diana Danielle tidak mempunyai dompet, beliau selalunya akan campak duit ke dalam beg tangan atau poket seluar.
Profil
NAMA PENUH: Diana Danielle Danny Beeson
TARIKH LAHIR: 22 November, 1991
ASAL: Dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat dan dibesarkan di Kuala Lumpur sejak berusia dua tahun
KERJAYA: Model iklan dan pelakon
DARAH CAMPURAN: Amerika (ayah) dan Melayu (ibu)
KELUARGA: Anak tunggal, adik angkat Hayley
PENDIDIKAN: Mengikuti pengajian Ijazah Jurusan Biosains, Universiti Nottingham, cawangan Semenyih
FILEM: Idola (2002), Evolusi KL Drift (2008), Setem (2009), Maut (2009), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Kecoh Betul (2009), …Dalam Botol, Magika
DRAMA: Drama bersiri Air Mata Maria, Janji Diana, Sembilu Kasih, Takbir Terakhir, Cinta Bulan Dan Mentari, Gol & Gincu The Series, Igauan dan siri realiti, Project N.S, Farah Syakirah
ANTARA IKLAN: Volvo, Watson’s, Pampers, Shuemura, Milo, Hazeline Snow Vietnam Market, Telecom I-talk, Fair and Lovely, Bauch and Lomb contact lense, Kentucky Fried Chicken, Binary Body Scrub, T3 Body Wash, F&N Soya Bean, Raflessia Pearl, Inner Shine Brands
Lakonan
Lakonan
2013
|
:
| Sembunyi - (Pelakon Utama) |
2013
|
:
| Hanyut - (Pelakon Utama) |
2012
|
:
| Hantu Gangster - (Pelakon Utama) |
2012
|
:
| Jiwa Taiko - (Pelakon Utama) |
2011
|
:
| ...dalam botol - (Pelakon Utama) |
2010
|
:
| Magika - (Pelakon Utama) |
2010
|
:
| Kecoh Betul - (Pelakon Utama) |
2009
|
:
| Setem - (Artis Jemputan) |
2009
|
:
| Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam - (Pelakon Pembantu) |
2009
|
:
| Maut - (Pelakon Pembantu) |
2008
|
:
| Evolusi KL Drift - (Pelakon Pembantu) |
Tutur katanya sopan dengan gaya mempesona. Lirikan mata dan senyum manisnya bisa mencairkan hati lelaki yang melihatnya. Tutur bicara yang matang melangkaui usianya yang masih muda. Begitulah hebatnya aura cantik dan personaliti anggun yang dimiliki oleh gadis kacukan Melayu-Inggeris ini.
Kehadiran Diana Danielle, 21 atau lebih mesra disapa Dee, mengundang keterujaan kami untuk menyelami gelodak jiwa muda yang tersemat rapi di hati kecilnya, dan seterusnya membiaskan gelora cinta dan impian perkahwinannya. Walaupun tidak gemar mencanang kisah peribadi, namun mendengarkan bait-bait ayat yang terzahir dari bibirnya, Diana dilihat begitu bahagia menyulam cinta.
Umum tahu kisah cinta Diana dengan si dia, pernahkah kalian membincangkan untuk ke fasa yang seterusnya?
Bagi Dee, setiap pasangan yang tidak membincangkan tentang masa depan, mereka tidak serius dalam perhubungan itu. Jadi, setiap pasangan perlu membincangkan mengenai hala tuju percintaan masing-masing supaya mereka tahu tanggungjawab yang perlu digalas kelak bukanlah semudah yang disangka.

Mungkin si dia memiliki kriteria lelaki idaman?
Sejujurnya, Dee tidak meletakkan ciri-ciri spesifik yang diperlukan oleh seorang lelaki untuk menjadi teman istimewa. Apa yang penting ialah, apabila Dee berkawan dengan seseorang itu, Dee senang bersamanya. Segala-galanya yang diperlukan seorang kekasih mahupun isteri ada pada lelaki tersebut. Keserasian itu penting. Dee sangat senang kalau seseorang itu matang dan sabar dalam melayan setiap kerenah Dee. Usia bukanlah penghalang. Kalau Dee rasa dialah yang boleh membahagiakan Dee, boleh memahami dan menerima Dee seadanya, jadi kenapa Dee harus melepaskan peluang itu.

Si dia cinta pandang pertama?
Tidak, dia bukan cinta pandang pertama Dee. Beberapa kali keluar bersama sebagai kawan membuatkan Dee selesa bersamanya. Keserasian yang ada di antara kami membuatkan cinta kami kuat. Dee amat sukakan seorang lelaki yang tidak terburu-buru dalam melakukan segala hal.

Adakah Diana pernah terjerat dengan cinta lokasi?
Dee rasa semua orang tahu kisah cinta Dee dengan pengarah muda yang hebat dahulu. Jatuh cinta bukanlah di bawah bidang kuasa kita untuk mengawalnya. Jika cinta itu hadir sesama artis mahupun orang biasa, maka ia akan datang juga. Tidak kiralah di mana sekalipun. Cinta tidak mengenal masa dan siapa. Tetapi, kalau takut terjerat dengan cinta lokasi, sebolehnya dielakkan. Itu yang terbaik.

Adakah Diana meletakkan sasaran usia untuk menamatkan zaman solo?
Dee tidak suka merancang bila Dee akan berkahwin. Masa depan dan hala tuju hidup kita sukar diramal. Sekiranya dirancang, bahananya Dee yang akan kecewa jikalau ia tidak menurut apa yang dihajati.

Apa yang terbaik ialah Dee menjalani kehidupan normal sebagai seorang manusia. Kalau inilah masa terbaik untuk menamatkan zaman bujang, Dee akan berkahwin jua.
Adakah ini bermakna Diana bersedia untuk bergelar isteri?
Dee tidak tahu bila Dee benar-benar bersedia. Sekiranya ditakdirkan dalam masa terdekat ini jodoh Dee, semestinya Dee akan melengkapkan diri dengan tanggjungjawab itu. Kalau jodoh Dee bertemu di kalangan selebriti, mungkin agak mudah Dee mengharungi status seorang isteri kerana masing-masing memahami kerjaya masing-masing dan pada masa yang sama boleh bertolak-ansur dalam menjalani kehidupan suami isteri.

Adakah Diana mahu berkahwin dengan lelaki yang berdarah campur juga?
Walaupun Dee berdarah campuran, ini tidak bermakna Dee sukakan lelaki yang berdarah campur. Bukan menolak, cuma lelaki kacukan bukanlah pilihan dan citarasa Dee. Dee memang terpikat dengan lelaki Melayu kerana mereka ini masih memiliki sifat-sifat keMelayuan, budaya dan bahasa yang agung. Daya penarik ketimuran itulah yang membuatkan Dee terpaut pada lelaki Melayu.

Majlis perkahwinan yang menjadi idaman Diana?
Dee sangat sukakan bunga dan mahu perkahwinan Dee nanti dikelilingi bunga-bunga segar. Kalau Dee kahwin, biarlah gaun perkahwinan Dee fesyen yang sopan dan tertutup. Apabila 10 atau 20 tahun nanti, apabila anak-anak Dee tengok, mereka akan bangga melihat potret perkahwinan ibu mereka.

Dee sangat sukakan ‘outdoor’. Semestinya perkahwinan Dee nanti diadakan di luar dewan, tidak kisahlah sama ada berkonsepkan ala taman mahupun di tepi pantai. Dee selesa dengan majlis yang ringkas dan menepati citarasa perkahwinan idaman Dee.
Perkahwinan artis sering sahaja mendapat tajaan. Adakah Diana juga mencari penaja?
Sekiranya Dee benar-benar memerlukannya, kenapa tidak. Tetapi Dee tidak mahu pakaian dan kasut ditaja. Dee mahu menyimpan semua khazanah istimewa itu. Sekiranya ada yang mahu menaja perkahwinan Dee, Dee akan menerima dengan hati terbuka. Namun, ini tidak bermakna mereka boleh menaja segala sisi perkahwinan Dee. Mungkin hanya beberapa sudut perkahwinan sahaja yang akan dipertimbangkan.

Bagaimanakah situasi lamaran yang menjadi impian Diana?
Oh, Dee mengimpikan lelaki itu melamar Dee di atas kuda. Dee sukakan situasi yang romantis dan biarlah ia menunjukkan diri si dia yang sebenar. Kalau si dia sukakan aktiviti luar yang ekstrem, gunakan ia sebagai platform untuk melamar Dee. Tetapi apa yang penting, Dee mahu lamaran lelaki itu mengikut adat dan budaya Melayu. Pastinya, Dee mahu adat merisik, meminang dan bertunang dalam perkahwinan Dee nanti. Dee tidak mahu melupakan nilai-nilai tradisional itu dalam fasa kehidupan baru hidup Dee.

Apakah pendapat Diana mengenai majalah Pesona Pengantin?
Bagi Dee, tidak banyak majalah pengantin di pasaran. Kalau Dee bersedia menamatkan zaman solo, pastinya Dee mahu mencari maklumat berdasarkan bajet yang Dee perlukan. Dalam majalah ini, setiap pasangan pengantin boleh mengenali pereka tempatan serta butik perkahwinan yang menyediakan kelengkapan perkahwinan yang mereka mahukan. Ada yang mahal dan ada yang murah, bergantung kepada bajet masing-masing. Semua orang akan kahwin, jadi majalah ini sangat praktikal dan berguna untuk bakal-bakal pengantin yang berhasrat untuk mendirikan mahligai perkahwinan sebagaimana diimpikan.

Akhir sekali, apakah nasihat kepada pembaca setia majalah Pesona Pengantin?
Kalau sudah memutuskan untuk berumahtangga, usah terburu-buru. Kalau jodoh tidak ke mana. Kalau masih belum bersedia, cuba bawa berbincang dengan pasangan. Pokok pangkalnya adalah komunikasi. Jika sekarang ini, ada di antara pasangan yang masih ragu-ragu mengenai perhubungan mereka, luahkan sekarang. Bila sudah berkahwin, semuanya itu sudah terlambat. Dan yang paling utama, jangan sesekali membelakangkan keluarga.

http://gambarawekmelayu.com/diana-danielle/
BalasPadamDiana sekarang lebih matang drp yang dulu2. Skil lakonan dia pon best kita rasa teruja nk tengok. Berkesan abes
BalasPadam