Rabu, 24 Oktober 2012

DALAM HATI ADA TAMAN - TELEFILEM ASTRO RIA

 

Sinopsis Dalam Hati Ada Taman

Mengisahkan seorang ibu tunggal (Amy Mastura) yang bersendirian membesarkan anak perempuannya Bella(Elfira) di kota Paris. Dia sanggup lakukan apa sahaja kecuali menjual diri agar anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna.  Bella bekerja di kedai pastri untuk menyara diri dan ibunya. Di kedai pastri, dia berkenalan dengan Randy yang turut sama bekerja di kedai pastri tersebut. Randy sudah pun mempunyai tunang yang seksi iaitu Sofea(Hanez Suraya).
Bella  dipaksa berkahwin dengan jejaka yang tidak dicintai iaitu Danial. Kerana terdesak dia meminta bantuan Randy (Randy Pangalila) menyamar sebagai tunangnya. Konflik demi konflik, dalam masa sama Randi dalam diam sebenarnya mencintai Bella, begitu juga dengan Bella.

 Randy Pangalila dan Elfira Loy Bercium dalam "Dalam Hati Ada Taman"









Randy, 22 tahun, berasal Surabaya, Indonesia cukup bertuah. Dia masuk ke dalam bidang seni Indonesia secara tidak sengaja apabila dipelawa oleh sebuah agensi yang melihat potensi dirinya mampu menjadi seorang pelakon yang baik beberapa tahun lalu.

Seorang yang cukup merendah diri, sopan dan peramah, Randy petang itu melayan segala persoalan yang dilontarkan dengan cukup baik.

Antara yang dijawab Randy adalah berkenaan isu permit, tentang kekasih hati, serta kepuasannya berlakon bersama produksi di Malaysia, khususnya bekerjasama dengan penerbit Michael Ang serta Elfira Loy.


“Saya melihat isu ini sebagai satu salah faham sahaja. Jadi saya tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebenarnya, daripada pihak produksi Micheal Ang, mereka telah mendapatkan semua keizinan untuk saya berlakon di sini kerana bagi saya itu perkara paling utama buat diri saya."
Randy bagaimanapun kemudian memberitahu, secara jujur, dia memperoleh pendapatan yang lebih lumayan di Indonesia dan mengatakan bayaran yang diterima adalah setiap hari selepas sesi pengambaran.

Dia juga mengaku sudah punya kekasih hati dan telah dua tahun menyulam cinta dengan seorang pelakon sinetron dan mereka sudah berpacaran sejak dua tahun lepas. 
Randy Pangalila, Elfira Loy

Teman wanitanya itu juga merupakan seorang aktres di Indonesia dan kami pernah berlakon bersama dalam sinetron Nada Cinta.
“Namanya Michella Putri dan berumur 19 tahun. Tapi, kami sudah sebulan tidak bertemu kerana masing-masing sibuk dengan jadual karier. Sudah tentu saya rindukannya dan mengerti kesibukan masing-masing. Kini kami hanya berhubung melalui Skype.”
Bercerita tentang penampilan terkininya bersama Elfira Loy dalam drama bersiri Dalam Hati Ada Taman, Randy terpaksa berhadapan pula dengan isu salah satu babak bercium bersama pelakon tersebut.
“Saya bukan mencium Elfira betul-betul, kerana itu hanyalah sudut kamera yang pintar dan kreatif yang telah menampakkan seperti saya mencium dia. Ini merupakan sebuah naskhah romantik komedi, jadi mungkin babak seperti itu hanya mahu meperlihatkan sisi romantik itu sendiri. Itu sahaja. Tidak lebih daripada itu,”
Drama bersiri 13 episod yang turut menampilkan Amy Mastura, Sharifah Shakinah, Rizman Khuzaimi dan Amar Asyraf akan mula bersiaran pada 29 Oktober ini. Jangan lupa saksikannya di saluran Astro Ria, pukul 9.30 malam.
Randy Pangalila, Elfira Loy DALAM HATI ADA TAMAN

Randy Pangalila, Elfira Loy DALAM HATI ADA TAMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan