Rabu, 24 Oktober 2012

ELFIRA LOY

pix_middle
HAKIKATNYA usia gadis manis ini masih muda meskipun bakatnya cukup besar. Wajah komersial yang mudah buatnya mengecapi populariti bukan sesuatu yang aneh sebaliknya Elfira Loy layak mendapat apa yang dimilikinya hari ini selepas penat lelah membuktikannya dan tidak henti berusaha merealisasikan minatnya. 



AKTRES kecik molek yang sedang meningkat naik, Elfira Loy tidak menafikan populariti dan tawaran lakonannya semakin bertambah selepas membintangi drama bersiri Qalesya.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy,16, yakin lakonannya sebagai Qalesya benar-benar menyentuh perasaan penonton sekaligus mudah menarik mereka untuk terus menonton drama di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105) itu.
Selepas Qalesya, Elfira yang mesra dengan panggilan El ini terus mengorak langkah dengan muncul dalam lebih 10 buah drama bersiri dan telefilem seperti Senja Permai, Hati Yang Terpinggir, Syurgamu Ramadan dan Hantu Kum-Kum.
Biarpun dia selesa membawakan watak budak baik, namun tidak bermakna pelakon kacukan Cina dan Arab ini tidak mampu menerima tawaran berlakon watak antagonis.
Menerusi telefilem Hantu Kum-Kum, dia melakonkan watak budak gothik yang jahat.

 Foto
“Dalam sejarah lakonan saya, itu pertama kali saya melakonkan watak gothik. Saya hanya mempraktiskan seperti yang diarahkan oleh pengarahnya, Michael Ang dan tiada masalah untuk mengikutinya.
“Ia turut menceritakan bagaimana saya dirasuk,” katanya kepada mStar Online.
Bercerita tentang populariti, El masih menjalani kehidupannya seperti pelajar biasa lain di sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai, Cheras.
Biarpun begitu, dia turut dikenali di kalangan kenalan dari sekolah lain seperti pelajar dari Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas kerana mereka selalu bertemu di pusat tuisyen yang sama di Cheras.
Mengenali lebih dekat tentang insan yang mahu serius dalam industri ini, karakternya selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan persekitaran.
“Saya seorang yang garang, kelakar, pendiam dan ‘gila-gila’. Semasa saya melakonkan watak Qalesya, saya mudah terbawa-bawa watak itu dan berubah menjadi terlalu baik,” tuturnya.

Nurul Elfira Loy



Selepas ini, El bercita-cita untuk menerima lebih banyak lagi tawaran yang lebih mencabar. Demi memenuhi kehendak penonton, anak kedua daripada empat beradik ini akur sekiranya para peminat lebih mahukan dia berlakon watak baik berbanding jahat.
Dia memulakan karier lakonannya sejak berusia 12 tahun. Selain muncul di kaca televisyen, El juga terlibat dalam pementasan teater seperti teater muzikal Ali Baba dan filem Damping Malam arahan Ahmad Idham. Dalam banyak-banyak lakonan, dia paling seronok berlakon dalam drama Waktu Rehat untuk saluran Disney di Astro yang telah disiarkan pada Hari Kemerdekaan baru-baru ini. Tetapi jika diberi pilihan, sudah tentu dia memilih teater berbanding drama dan filem kerana karier lakonannya bermula dalam bidang teater.

My Photos by Nurul Elfira Loy

 


Heroin drama, ‘Dalam Hati Ada Taman’, Elfira Loy mengalami kecederaan apabila dipijak kuda ketika menjalani latihan di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara, baru-baru ini. Berita ini dikongsikan sendiri oleh duta Maybelinne ini ketika ditemui pada majlis sidang media drama ‘Dalam Hati Ada Taman’, di Flora CafĂ©, Amp Walk, petang Isnin.

“Saya kini sedang mengikuti kelas menunggang kuda sebagai persediaan bagi lakonan terbaru saya untuk drama epik arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Drama ini dijangka memulakan penggambarannya pada hujung tahun ini iaitu sejurus saya selesai program Fear Factor Malaysia di Capetown, Afrika.

“Mengenai insiden dipijak kuda itu, waktu itu saya hendak turun dari kuda namun kuda itu takut pada orang lain, jadi dia terkejut dan terpijak kaki saya. Mujur saya hanya mengalami kecederaan ringan di mana kaki saya hanya lebam saja,” ujarnya yang mengakui mula jatuh cinta dengan sukan ekuestrian ini.

Dalam pertemuan petang itu, GUA juga sempat bertanyakan kepada Elfira mengenai gosip cintanya dengan pelakon Indonesia, Randy Pangalila dan Elfira menjawab, “Walaupun saya sudah menafikan perkara ini, namun saya masih dihentam oleh peminatnya. Jika cakap tak bercinta pun orang masih tetap cemburu dengan saya jadi saya dah biasa dengan perkara ini.

“Saya tak risau atau takut kerana saya dengan dia memang tidak ada apa-apa hubungan. Bila timbul gosip ini, saya kesian dengan Randy sebab dia sendiri dah ada teman wanita. Dia sayang sangat dengan kekasihnya itu dan saya sendiri sudah bertemu dengan kekasihnya itu. Saya harap, orang tidak akan membangkitkan lagi isu ini.”





PROFIL

# Nama penuh: Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri
# Tarikh lahir: 8 Mac 1994
# Tempat lahir: Kuala Lumpur
# Bilangan adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik
# Pengalaman seni: Sejak 2006
# Emel atau Myspace: nurulelfiraloy@yahoo.com
# Iklan: Motosikal Honda, Sunway Lagoon, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB, Mamee Slurp.
# Teater: Ali Baba, Ibu Zain 1 & 2
# Drama dan telefilem: Tentang Bulan The Series, Persis. Kak Long, Permata Hati, Persinggahan, Sanggar Cinta Raudhah dan Cinta Itu Buta.
Cita-cita dan Impian masa depan Elfira Loy :
# Daripada kaca mata Elfira Loy
# Lakonan: Bidang ini perlu banyak mengkaji watak kerana kalau tidak lakonan itu tidak akan menjadi dan sebaik-baiknya ia perlu dijadikan seperti dalam dunia realiti.
# Teater: Adalah langkah pertama saya untuk terus mengasah bakat dalam bidang lakonan.
# Impian: Mahu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.
# Dunia seni: Ketika ini, dia tidak terlalu mempedulikan apa yang terjadi dalam dunia seni. Katanya, dia cuma hidup dalam dunianya yang tersendiri.
# 20 tahun lagi: Barangkali sudah berkahwin dan mempunyai kerjaya. Malah, apa juga yang diingininya dapat dibeli.

Sememangnya Elfira seorang gadis cilik yang bukan sahaja cantik dan berbakat tetapi punya harapan tinggi dan berpandangan jauh.

pix_middle
elifra loy duta baru maybelline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan