Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
~few months / weeks before bersalin:
-finalize nama anak.. :)
-finalize hospital mana nak bersalin.. (costing dll)
-tahu kehendak diri sendiri.. (whether nak epidural ke, dll)
~in your handbag:
-buku merah (the one yang kalau kita check up dengan klinik kerajaan...)
-phone ( +phone book)
-kamera / videocam-charger handphone, charger videocam..
-lipstick / lip gloss / pelembap bibir
~beg (yang diletakkan di dalam boot kereta)
filled with:
[barang2 baby]
-pampers baby (newborn at least 10 pieces)
-baju dan seluar baby (satu set, sekali dengan topi, mittens dan sarung kaki)
kalau boleh, at least 6 sets **please elakkan bawa baju warna kuning,
like last time, pakai kaler kuning, end up, dikena penyakit kuning..
dunno whether that theory relevant or not!
-blanket (selimut baby)
-botol susu (just in case kalau perlu guna.. untuk store breast milk ka..)
-minyak telon, losyen (sometimes matron ajar bagaimana buat baby massage),
bedak, shampoo, baby oil-puting / pacifier (ini optional.. lagi bagus kalau
tak introduce langsung dengan pacifier dari kecik..)
-barut
[barang2 ibu]
-Air selusuh.. buat minum.. dan sapu di perut.. doa supaya mudah bersalin.. :)
-baju yang sesuai untuk bersalin (blouse lengan panjang.. kain labuh.. etc)
-baju yang sesuai untuk breastfeeding. (x mampu, atau x sempat nak cari, blouse
yang ada butang belah hadapan) pun boleh..
-pakaian dalam yang mencukupi (dan bersesuaian), (jangan lupa cari bra
untuk breastfeed..)
-toiletries (ubat gigi.. shampoo.. dll)
-pad (untuk any discharge dan selepas bersalin)
-breast pump.. kalau nak paling murah, mintak je hospital punya.. tp kalau
government hospital, leceh.. q panjang.. so beli la.. nak yg murah, brand FIFFY
dalam berapa RM ntah.. manual.. tp kalau mahal sikit, Pureen tak silap.. battery operated.. tp kalau lagi mampu, pakai la Avent ke, Spectra dll.. :) pentingnya ada breast pump
ialah, once bila dah bersalin, walaupun baby dah keluar, tapi susu x semestinya terus ada / keluar!
-towel-selipar (oh, selipar sangat penting ya!)
-stokin (sometimes lepas bersalin, sejuk kaki!!!)
-tudung (bagi yang memakai tudung).. saya dulu bawa juga la sehelai dua..
-sweater (oh.. kdg2 hospital sejuk!)
-food! (3 in 1 milo ke.. biskut ke.. kdg2 meals hospital kita x lalu makan!)
~dalam kereta:
-infant car seat (ini actually optional..)
~di rumah:
-baby cot (haha.. kalau tak, nak letak baby di mana...?) :)
-keperluan baby (baju.. barut.. cream/losyen.. dll)
-keperluan berpantang (set lepas bersalin.. makcik urut.. bekung dll)
~pesediaan mental, fizikal, dan emosi:
-baca la apa yg patut (mengenai proses bersalin... what to expect.. dll)
-Tak silap, kalau baca Surah Yusuf (anak handsome / lawa), Surah Luqman (anak taat), ,
Surah Maryam (supaya senang bersalin..), dan Doa Nabi Yunus : Surah al-Anbiya': ayat 87 *cuba la cari surah2 lain juga bagi mudah bersalin*..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petua untuk bakal ibu
Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.
Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu berbadan dua bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu.
Berikut beberapa tips yang boleh dikongsi untuk bakal ibu.
Perkara perlu dielakkan sewaktu hamil:
* Penjagaan kuku tangan kaki - Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda.
Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.
* Jalani rawatan muka - Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.
* Mewarna rambut - Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
* Kasut bertumit - Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.
* Ubat nyamuk - Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
* Derma darah - Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.
* Bawa barang - Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.
* Durian - Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.
* Kapal terbang - Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.
* Gincu bibir - Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.
* Krim pemutih - Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.
Nutrisi penting sewaktu hamil
* Protin - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi
* Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi
* Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang
* Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin
* Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung
* Air - Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup
Makanan tambahan sewaktu hamil
Pengambilan makanan tambahan dengan dos berlebihan boleh membahayakan ibu kerana ia larut dalam lemak. Paling penting adalah kalsium, asid folik dan zat besi.
Makanan yang harus dielak sewaktu hamil
Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
BalasPadamDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny