Ahad, 23 Disember 2012

ANUGERAH JUARA LAGU 27










Secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil bermula jam 9.00 - 11.30 malam..

Anugerah Juara Lagu 27 yang berlangsung pada 6 Januari 2013..

                      
                                     Hafiz & Adira
Jimmy Palikat feat. One Nation Emcees - Anak Kampung Lirik dan Video
                                      
                                    Jimmy Palikat & Kumpulan One Nation Emcees 


Shila Amzah



                                                           
                                                             Hazama & Amy Search
                         


                                                   Azlan & Kumpulan The Typewriter
                                      


Yuna
                                                                          Yuna

Stacy

                               Stacy

                         


                                                                       Kumpulan Mojo




                                               Black & Malique



                                              BO @ Bedroom Sanctuary

                                                                      Amir Jahari

Berikut merupakan senarai lagu-lagu yang berjaya ke peringkat akhir AJL 27 :-

No.LaguArtisKomposerPenulis Lirik
1.IdolaAzlan & The TypewriterAudi MokAzlan
2.Pelangi SenjaStacyTajaTun Teja
3.Anak KampungOne Nation Emcees & Jimmy PalikatJimmy PalikatJimmy Palikat & One Nation Emcees
4.Terukir Di BintangYunaYuna ZaraiYuna Zarai
5.TanpamuAmir JahariAmir JahariAmir Jahari
6.Ombak RinduHafiz & AdiraZaidiZaidi
7.LaguBedroom SanctuaryBo Amir IqramBo Amir Iqram
8.Teman PenggantiBlack & MaliqueMaliqueMalique
9.SimetriHazama & Amy SearchAudi MokZel Firdhaus Haduan
10.Andaiku Bercinta LagiMojoEdry Abdul HalimEdry Abdul Halim
11.Patah SeribuShila AmzahShila AmzahShila Amzah
12.Ku AkuiHafizAjaiAjai

Senarai Pemenang AJL27

Juara Lagu: Yuna - Terukir Di Bintang

Tempat Kedua: Azlan & The Typewritter - Idola

Tempat Ketiga: Hafiz - Ku Akui


Vokal Terbaik: Hafiz - Ku Akui

Persembahan Terbaik: Black & RJ - Teman Pengganti


Ekspresi Seni AJL 27 Berjaya Angkat Martabat Muzik Tanahair



Anugerah Juara Lagu 27 telah pun melabuhkan tirainya semalam yang lalu. Barisan juri yang diketuai Azmeer bersama-sama Hetty Koes Endang, Aubrey Suwito, Helen Yap, Eddie Marzuki, Acis, Yassin Sulaiman, Ramli Sarip, Edrie Hashim dan Ad Samad memilih karya ciptaan Yuna sepenuhnya, "Terukir di Bintang" untuk bersama-sama 26 lagi lagu yang lain untuk dimuatkan ke dalam Hall of Fame, Anugerah Juara Lagu.

Siapapun pilihan anda, yang pasti semua yang bertanding malam itu adalah yang terbaik. 
Pemilihan hos yang tepat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad sememangnya menghidupkan perjalanan anugerah ini. Tidak sesekali penonton bosan, mereka menggunakan pendekatan santai yang masih di dalam kelas tersendiri sesuai dengan penganjuran anugerah yang saban tahun ditunggu peminat industri hiburan tanahair. Hos sebeginilah yang kita mahukan, bijak dan versatil!

Persembahan Pembukaan


Memang class! Itu yang boleh dikatakan. Misha Omar memulakan kehangatan AJL kali ini menerusi kelunakkan vokalnya dalam lagu berhantu yang juga merupakan pemenang AJL 2003, "Bunga-Bunga Cinta". Beliau melakukan persembahan di tengah layar sambil dihiasi indah teknik visual yang cukup menarik membuatkan gaun ropol putih Misha kelihatan cukup anggun. Syabas Misha!

Ziana Zain menghidupkan persembahan ala Beyonce ketika menyampaikan lagu "Run The World" di American Music Awards tahun lalu. Konsep persembahan visual dengan paparan klip di skrin cukup menjadi. Kematangan pihak produksi dalam membawakan sesuatu yang baru setiap kali tibanya edisi anugerah berprestij ini patut diberikan kredit. Tenaga penyanyi yang sudah pun lebih 2 dekad berada dalam industri ini cukup mengagumkan. Tidak hairanlah Ziana kekal awet muda sehingga sekarang.

Faizal Tahir mengakhiri segmen pembukaan dengan persembahan bertenaga menerusi lagu "Anti Graviti". Setelah sekian lama tidak muncul di khalayak ramai, Faizal Tahir tampil dengan penghayatan lagu yang cukup bertenaga. Tiada siapa dapat menafikan kehebatan jejaka ini dalam menghidupkan
setiap persembahan beliau. Secara keseluruhannya, persembahan pembukaan memang ada umph!



Lagu - Bo Amir Iqram

Penampilan Bo Amir Iqram buat pertama kali di pentas AJL tidak menghampakan. Menggunakan konsep funky dan sempoi menerusi permainan grafik di belakang kelihatan cukup mencuri perhatian penonton. Belon di atas pentas mengingatkan akan persembahan "Cinta Muka Buku" tahun lalu. Seakan berada di dunia fantasi seketika, Bo mengambil elemen ini sebagai tunjang konsep persembahan beliau. Moment pause di pertengahan lagu cukup mencuit tumpuan. Apa yang paling menarik, Bo berjaya membuatkan seisi Stadium Putra turut sama menyanyi bersama beliau!




Teman Pengganti - Black feat. RJ

Konsep pentas berputar dan permainan latar ala zaman klasik Itali cukup membuatkan mood lagu ini menonjol. Ada ketikanya seperti berada di set filem Al Pacino. Melodi dan lirik lagu ini cukup menceritakan makna penuh tersirat lagu ciptaan Malique ini. Tiupan saksofon di awal persembahan memberikan kelainan pada keseluruhan susunan muzik lagu ini.  Black pula konsisten memberikan persembahan vokal cemerlang diiringi rap cara tersendiri oleh teman penggantinya, RJ. 




Terukir di Bintang - Aizat Amdan

Klasik! Permainan emosi ala Kasanova dan visual yang mengiringi persembahan ini seakan membawa kita menerusi aliran Sungai Venice di Itali. Sesekali terasa sedang memadu cinta di tepi menara Eiffel, Paris. Vokal Aizat? Dua versi berbeza jika dibandingkan dengan  penyanyi asalnya Yuna. Namun pujian patut diberikan kerana Aizat tidak langsung menyelitkan sebarang bunyi Yuna ke dalam lagu ini. Bab pegang cawan tu, memang style lah Aizat!




Ombak Rindu - Adira & Hafiz

Lagu runut bunyi filem box office ini sememangnya menjadi pilihan ramai. Konsep persembahan ala taman Inggeris ini membangkitkan mood romantiknya. Vokal Hafiz yang mantap membuatkan penonton di stadium terbuai dengan keasyikan suaranya.  Kemunculan Aaron Aziz di akhir persembahan sambil mendukung Adira membuatkan satu stadium gamat!



Tanpamu - Amir Jahari

Persembahan Amir Jahari kali ini mengangkat tema AJL 27 secara keseluruhannya. Cat yang disimbah di mukanya turut memberikan 1001 makna dan interpretasi seni muzik itu sendiri.  Ekspresi seni dan muzik jelas diolah begitu kreatif sekali menerusi gabungan unsur persembahan busking jalanan menggunakan peralatan konvesional seperti kon dan tong minyak. Jiwa elemen muzik jalanan dijadikan nyawa keseluruhan persembahan Amir ini. 



Simetri - Amy Search & Hazama

Duo lagenda rock tanahair Amy Search dan Hazama membangkitkan roh AJL 27. Sesuai dengan tajuknya, simetri muzik penghibur dua generasi ini berjaya ditemukan satu sama lain membentuk satu konsep persembahan yang bukan sahaja bertenaga malah membangkitkan aura lagu tersebut. Cuma seperti yang dijangka, lagu Rock sebegini dilengkapi dengan aksi lawan ala seni mempertahankan diri. 



Patah Seribu - Shila Amzah

Shila yang sudah pun merancang melakukan persembahan secara ringkas tampil berseorangan. Memulakan persembahan dengan monolog cinta nukilannya sendiri, Shila bermain dengan permainan emosi demi menghayati lagu ciptaan beliau sepenuhnya. Cuma kalau susunan muzik bagi lagu ini diberikan sedikit nafas baru, mungkin impaknya akan lebih mengesankan. 



Ku Akui - Hafiz

Lagu ini tidak memerlukan penggunaan props yang banyak. Vokal Hafiz yang sememangnya lunak sudah cukup menjelaskan maksud dan makna tersirat lagu ini. Diiringi alunan piano oleh pencipta lagi ini sendiri iaitu Ajai, Hafiz melontarkan setiap bait lirik nukilan  ini dengan cukup baik. Tidak hairanlah, seisi Stadium Putra Bukit Jalil diam seketika menghayati persembahan Hafiz ini. Best vocal performance by Hafiz so far in AJL history! 



Andaiku Bercinta Lagi - Mojo

Teka-teki siapakah pemilik suara soprano dalam lagu nyanyian Mojo ini terjawab apabila Marsha muncul mengiringi Aweera di pentas. Terasa seperti menyaksikan sebuah teater Mozart di Vienna, Austria. Dengan konsep persembahan ala vintage itu, Mojo menampilkan persembahan yang cukup sederhana dengan Aweera dilihat berjaya menguasai emosi yang dituntut lagu ciptaan Edry Abdul Halim ini. Marsha pula saling tak tumpah seperti watak dalam filem animasi 'Corpse Bride'. Seperti biasa, nota tinggi pada penghujung lagu ini berjaya dilunaskan Aweera dengan baik, mengingatkan akan moment seperti ketika Steven Tyler menyampaikan lagu klasik rock Aerosmith, "Dream On".



Anak Kampung - Jimmy Palikat & One Nation Emcees

Bersesuaian dengan konsep lagu ini yang lebih bersifat kerakyatan, seakan menonton satu pesta. Jimmy Palikat dan One Nation Emcees membawa penonton untuk turut sama terhibur sambil mengenali budaya negeri Sabah yang menunjangi keseluruhan konsep persembahan ini. Kepelbagaian budaya dan gerak tari yang mengiringi persembahan ini mengujakan untuk turut sama berdansa. Malah elemen budaya negeri lain seperti Dikir Barat pun turut disuntik ke dalam persembahan ini. Memang 1 Malaysia!



Idola - Azlan & The Typewriter

Permulaan susunan muzik yang mengambil sedikit melodi lagu "Salam Terakhir" memberikan kelainan buat lagu ciptaan Audi Mok ini. Lagu yang dihasilkan khas untuk tribut Sudirman ini diberikan mood opera dan circus ala Cirque Du Soleil ke dalam persembahannya. Lan seperti biasa berjaya melunaskan amanah yang diberikan kepadanya dengan baik. Cuma rasa sedikit pelik dengan solekan props persembahan di mana seorang lelaki memakai baju bendera Malaysia yang kelihatan agak menakutkan. Mungkinkah itu ekspresi seni beliau?



Pelangi Senja - Stacy

Satu lagi persembahan yang mengambil konsep muzik video asal dalam sejarah penganjuran AJL 27. Stacy nampaknya berhabis demi menghasilkan persembahannya kali ini. Replika jeti didirikan dengan busana yang berjuntai dengan kain berwarna-warni membangkitkan mood lagu berkenaan. Apa yang pasti, Stacy melontarkan vokalnya dengan penuh semangat. 




Persembahan penutup

Permulaan yang hangat, pertengahan yang mengagumkan dan pengakhiran ekspresi seni yang cukup epik. Mengumpulkan otai-otai rock Malaysia, segmen interlude ini sememangnya memberikan klimaks yang cukup mengujakan. 4 gitaris berpengalaman, gabungan lama dan baru bersama 4 vokalis yang tidak perlu diperkenal lagi. Rahmat Mega dan Rodi Kristal membawa penonton kembali ke zaman kegemilangan kumpulan klasik rock tempatan di era 90 an menerusi "Bayangan Gurauan".

Lamunan penonton terhenti seketika apabila Aris Ariwatan diiringi AG Coco mendendangkan lagu berhantu beliau. Ternyata masih menyengat, beliau mengubati kerinduan peminat rock tanahair yang mendambakan kemunculannya. Joey dan Edrie Hashim menyambung perjalanan muzik rock dengan lagu "Seribu Tahun Takkan Mungkin". Memang takkan dapat mencari pengganti lagenda rock ini walau seribu tahun pun.




Papa Rock, Ramli Sarip mengakhiri segmen penutup dengan dendangan "Kamelia" bersama gitaris Man Kidal. Lagu berhantu Sweet Charity ini cukup untuk membuatkan seisi dewan berdiri dan turut sama menyanyikan bait-bait lirik lagu ini. Two words! Standing ovation. Tiada galang gantinya, segmen rock ini sekaligus melengkapkan kegemilangan edisi kali ini! Tidak keterlaluan jika dikatakan, antara penganjuran anugerah terbaik dalam sejarah industri hiburan tempatan!

Secara keseluruhannya, penganjuran AJL 27 kali ini cukup membanggakan. Menjadi cabaran buat majlis anugerah lain yang akan diadakan tahun ini untuk setidaknya menyamai tahap pencapaian AJL 27 kali ini. Tahniah TV3 dan seluruh tenaga produksi AJL 27! Semoga tahun hadapan Anugerah Juara Lagu akan lebih mantap lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan