Ahad, 2 Disember 2012

KELEBIHAN & FADHILAT SURAH YASSIN

  بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.
Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafa’atkepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.
Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Allah SWT membacakan Surah Yassin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,“Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, iaitu yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.”
Rasulullah SAW bersabda, “Hatiku menghendaki supaya Surah Yassin berada disetiap hati Ummatku.”

KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.
Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
.
FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASIN
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
1.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
2.  “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
3.  “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5.  “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”
6.  “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akanmendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”
7.  Maqri rahmatullah ‘alaih berkata“Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
8.  “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hariJumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”
9.  “Sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”
10.  “Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turutmenyembahyangkan jenazahnya”.
11.  “Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.”
12.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala seperti membaca Al-Qur’an 12 kali. JikaSurah Yassin dibacakan di dekat orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya, menyaksikan saat ruhnya dicabut, mengantarkan jenazahnya, bershalawat untuknya, menyaksikan saat penguburannya. Jika surat ini dibacakan saat sakaratul maut atau menjelang sakaratul maut, maka datanglah padanyamalaikat Ridhwan penjaga surga dengan membawa minuman dari surga, kemudian memberinya minum ketika ia masih berada di katilnya, setelah minum ia mati dalam keadaan tidak haus, sehingga ia tidak memerlukan telaga para nabi sampai masuk ke surga dalam keadaan tidak haus.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
13.  Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaanmereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuburan itu.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
14.  Imam Ja’far Ash-Shadiq: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang harisebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam hari sebelum tidur, Allah mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia meninggal pada hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3,000 malaikat hadir untuk memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, mengantarkan ke kuburnya sambil memohonkan ampunan untuknya; ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya para malaikat itu beribadah kepada Allah di dalam liang lahatnya dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh mata memandang, diselamatkan dari siksa kubur, dan dipancarkan ke dalam kuburnya cahayadari langit sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya kelak.” (Kitab Tsawabul A’mal).
.
Surah Yassin ini hendaklah dibacakan selalu ketika orang sakit, tengah nazak, sedang koma atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama ayat 12), supaya orang tersebut berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula akan menyusul.
.
Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui amalan pembacaan Surah Yassin seperti yang telah disebut di atas. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang melalui hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada Al-Quran; Oleh kerana itu marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini. InsyaAllah.

BERKAT SURAH YASSIN



Setiap kali membaca Surah Yasin, jiwa saya terasa 

menggeletar apabila sampai pada dua ayatnya yang 

terakhir. Makna kedua-dua ayat itu memberi kesan 

mendalam kepada diri saya. "Hanya urusan-Nya bila Ia 

menghendaki (mengadakan) sesuatu, Ia berkata 

kepadanya; Jadilah engkau! Lalu jadilah ia. Maka Maha 

sucilah yang di tangan-Nya milik tiap-tiap sesuatu dan 

kepada-Nya kau dikembalikan." Benar, Allah itu Maha 

Berkuasa. Allah boleh  menjadikan sesuatu dengan 

hanya berkata, 'jadilah' dan Dia juga boleh meniadakan 

sesuatu jika itu yang dikehendaki-Nya.Mengapa? Kerana

 kita ini makhluk-Nya. Dia yang mencipta dan Dia boleh 

meniadakan kita. Kita dilahir dan dicipta dengan 

sebegitu sempurna tetapi bila sampai waktunya, kita 

akan  kembali kepada-Nya semula. Saya sengaja 

menghuraikan serba ringkas makna dua ayat tersebut 

kerana ada cerita di sebaliknya. Begini. Di kampung kami, 

Kampung Tok Betek, Kota Bharu, Kelantan ada sepasang 

suami isteri. Suami bernama Draman, isterinya Lijah dan 

mereka mempunyai tiga orang anak. Mereka hidup serba

 kekurangan tetapi ia menjadi bertambah-tambah sempit 

kerana Draman kaki judi. Pantang ada duit, ke meja 

judilah dia. Walaupun hasil berkebun tidak seberapa, 

tetapi duit yang tidak seberapa itu pun digasaknya



untuk berjudi.



Kami semua tahu kesengsaraan Kak Lijah. Makan 

pakainya dengan tiga anak lintang-pukang. Hampir tiap 

hari petik pucuk pokok di keliling rumah untuk dibuat 

ulam. Mujurlah dia rajin bertanam sayur dan membela 

ayam itik, adalah lauk untuk dimakan.



Draman pula, walaupun ada memberi wang untuk 

keperluan harian kepada Kak Lijah, tetapi apabila angin

 berjudinya datang menggila, dia akan meminta semula. 

Tidak kiralah wang tersebut sangat-sangat diperlukan 

oleh Kak Lijah untuk membeli beras dan keperluan 

harian, andainya Draman mahu, dia akan 

mendapatkannya walau dengan apa cara sekalipun.



Seandainya Kak Lijah enggan memberi balik, siaplah. 

Akan lebam-lebamlah badannya dikerjakan Draman. 

Jiran dan seluruh penduduk kampung ini memang sudah 

arif dengan kepala angin serta panas baran Draman itu.



Kami selalu dengar cerita Draman menengking-nengking 

isterinya. Kalau nasib tidak baik, Kak Lijah dipukul, 

ditendang. Kami sangat simpati dengan nasib Kak Lijah. 

Dia wanita baik, cuma nasib tidak menyebelahinya. Bagi 

kami, antara Kak Lijah dengan Draman ibarat hitam 

dengan putih. Amalan hidup bagaikan langit dengan 

bumi. Kami kagum pada Kak Lijah. Biar dipukul 

ditendang, Kak Lijah menahan segala sakit lebam 

dengan tabah. Dalam pada itu Kak Lijah tidak putus-

putus mengajak Draman supaya bertaubat.Tetapi tiada 

perubahan. Draman tidak langsung mengendahkannya. 

Malah makin naik anginnya bila dinasihatkan begitu. 

Apalagi, kena maki hamunlah jawabnya Kak Lijah. "Pak 

Dollah!! Pak Dollah!! laung Pak Saad, jiran Draman pada 

suatu petang. Ayah saya, Dollah Ali segera menjengah 

daripada tingkap dan bertanya kepada lelaki itu akan 

tujuan  kedatangannya hingga termengah-mengah bagai

 dikejar harimau. "Kak....Kak Lijah, Pak Dollah! Di...di...dia 

kena bunuh dengan Pak Cik Draman!" balas Pak Saad 

tergagap-gagap. Kak Lijah kena bunuh? Kami sekeluarga

 berkejar ke tingkap dan menjemputnya masuk. Tetapi 

Pak Saad enggan kerana orang kian berpusu-pusu 

memenuhi rumah Kak Lijah. Lelaki itu bimbang dia dan 

ayah tidak akan dapat masuk ke dalam rumah wanita 

berkenaan. "Mayat Kak Lijah masih lagi di dalam rumah.

 Draman pun ada sana.



Dia dah menyerah diri kepada polis, mengaku 

membunuh Kak Lijah," tambah Pak Saad. Katanya, 

Draman jugalah yang menunjukkan kepada polis di mana 

mayat Kak Lijah berada serta bagaimana dan mengapa

 dia melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.



"Ada satu hal lagi saya nak beritahu. Tetapi tak boleh 

sekarang," kata Pak Saad. "Kenapa?" tanya ayah. "Pak 

Dollah tengoklah sendiri," tambah Pak Saad. Ayah 

bergegas pergi. Kami juga begitu tapi saya tidak dapat 

masuk ke dalam rumah Kak Lijah kerana orang 

berhimpit-himpit, yang sudah masuk seperti tidak mahu 

keluar. Yang di luar pula berasak-asak ke depan.



Melihat ayah dapat masuk ke dalam rumah Kak Lijah, 

saya cuba mencelah-celah, tetapi tidak berhasil. Orang 

terlalu ramai. Dalam pada itu saya terdengar orang 

bercerita tentang sesuatu yang luar biasa tentang mayat 

Kak Lijah.



Tapi benarkah? Susah untuk saya percaya. Jenazah Kak 

Lijah dikebumikan malam itu juga. Tanah perkuburan 

diterangi jamung dan pelita. Saya hanya dapat 

memerhatikan saja dari jauh keranda berisi jenazah Kak 

Lijah diusung membelah lautan manusia yang 

memenuhi tanah



perkuburan. Orang-orang yang memenuhi perkuburan itu 

terus-menerus bercerita tentang mayat Kak Lijah. Ini 

menyebabkan saya makin tidak sabar untuk 

mengetahuinya. Malangnya ayah yang telah melihat 

mayat Kak Lijah sedang berada di dalam kubur untuk 

memasukkan jenazah. Itu sudah tugasnya sebagai 

penggali kubur.



Lewat malam barulah ayah pulang. Kami segera 

mengerumuninya, tidak sabar lagi hendak mengetahui 

apakah benar apa yang diperkatakan orang sejak tadi. 

Sebelum menjawab pertanyaan itu, ayah ceritakan 

dahulu apa yang berlaku. Kata ayah, Draman telah 

memaklumkan kepada polis bahawa kejadian tersebut 

tercetus pagi itu apabila dia meminta wang daripada Kak 

Lijah untuk berjudi.



Bagaimanapun Kak Lijah enggan memberinya kerana 

hendak menggunakan wang itu bagi membeli keperluan 

dapur. Macam biasa, Draman memaki hamun isterinya. 

"Bila disuruh  tinggalkan judi, bertaubat, sembahyang, 

lagilah Draman marah. Masa itulah dia pukul Kak Lijah 

dan ambil pisau, tikam. Entah berapa kali, dia tak ingat. 

Mungkin dekat 20 kali. Lepas itu Draman kelar-kelar 

badan Kak Lijah," kata ayah sambil mengayakan 

perlakuan Draman menikam-nikam isterinya itu 

menyebabkan kami geli-geleman dibuatnya. Mayat Kak 

Lijah yang berlumuran darah kemudiannya dibungkus 

dan digulung pula dengan tikar mengkuang. Selepas itu 

Draman menyerah diri kepada polis. "Betul ke apa yang 

orang cakapkan tu?



Heboh orang cerita..." tanya emak yang tidak dapat pergi 

menziarah mayat Kak Lijah kerana terpaksa menunggu 

rumah. "Betul," jelas ayah, menjawab segala pertanyaan 

yang menyelubungi kami sejak tadi. "Kami semua 

terkejut. Mayat Kak Lijah elok. Tak ada darah langsung 

pada badan, kain dan tikar. Malah luka pun tak ada. 

Memang pelik." Tambah ayah, kesan luka tikaman itu 

sebaliknya licin dan digantikan dengan kesan putih 

seperti panau bunga. "Polis pun seolah-olah tak percaya

 baju Kak Lijah koyak rabak kesan ditikam, tetapi 

badannya tak ada luka langsung. Setitis darah pun tak 

ada." Ayah sedih tengok Draman menangis. Dia 

menyesal bunuh Kak Lijah. Bila tengok mayat Kak Lijah 

begitu elok, tiada cacat cela dan mukanya manis, dia 

minta ampun, minta maaf. Dia cium tangan dan kaki Kak 

Lijah." Kenapa mayat Kak Lijah begitu luar biasa?"Itulah 

berkat membaca surah Yasin," jawab ayah.



Menurut ayah, dia ada menemui anak-anak Kak Lijah 

selepas pengebumian selesai. Tujuannya adalah untuk 

mengetahui amalan wanita itu hinggakan mayatnya 

begitu istimewa. Anak-anak Allahyarham memberitahu,

 ibu mereka setiap hari membaca surah Yasin selepas 

bersolat, sekurang-kurangnya sekali. Setelah itu 

Allahyarham letakkan kitab surah tersebut dibawah 

bantal sebelum melelapkan mata. Itulah punca kenapa 

surah Yasin dan dua ayatnya yang terakhir memberi 

kesan kepada saya sampai kini, walaupun Kak Lijah 

meninggal dunia kira-kira 70 tahun lalu ketika saya baru 

hendak memasuki usia remaja.




Kisah mayat duduk bersila



http://www.simplyislam.com/images/products/53195.jpg

Sudah menjadi kebiasaan setiap malam Jumaat , akan


diadakan bacaan surah Yasin di surau dan masjid di


 Malaysia. Ramai yang membaca tetapi tidak mengetahui


 kelebihan membaca Yasin. Penulis paparkan satu kisah


 bukan berkenaan orang membaca surah Yasin tetapi 


mayat yang membacanya. Ambillah pengajaran daripada 


kisah ini.


Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh 

pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru

 saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser

 penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia. 

Ceritanya begini..

Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar 

Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah 

mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat 

seorang yang meninggal dunia pada musim haji.



Makam tersebut terletak di Ma'la iaitu tempat 

pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di 

Mekah.



Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara

 meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan

 menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan

 bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk 

mengebumikan mayat yang baru.


Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk 

mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut 

bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang 

bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya.



Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke

 dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.



Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang 

bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, 

dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat 

seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin.



Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan 

kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput 

hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan

 kain kapan (kain ehram).





Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah 

mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan 

Baitullah daripada tumpahan air zam-zam.



Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan 

Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada 

tumpahan, dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan 

membaca Surah Yasin.



Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan 

Allah. Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri 

dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan 

dikebumikan di situ.


Sebagai sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-

janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja 

keranaNya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan