Rabu, 19 Disember 2012

VITAMIN YANG TERBAIK - GLA COMPLEX SHAKLEE




GLA Complex Shaklee lebih bagus daripada Evening Primrose Oil?


Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO! 

*Borage*
Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dariborage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.


Keistimewaan GLA Shaklee



1- Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6
2- Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya
3- Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - iaitu antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan
4- Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan  lebih baik

Manfaat Utama

Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Iainya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron - GLA membentukprostaglandin  untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS

Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus

Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

Menentang Kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

Memperbaiki Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis

Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi

Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

GLA bukan hanya untuk wanita. Sebenarnya suplemen GLA asid linoleik juga sama pentingnya seperti asid amino tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi melalui makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan), remaja yang membesar, orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus dan lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)

-Untuk ibu menyusu - Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).

-GLA complex BOLEH diambil semasa kedatangan haid.
(Peringatan : Jika anda mengambil warfarin atau ubat mencairkan darah, elakkan pengambilan GLA.)

-Di dalam EPO terdapat 25% GLA dan Shaklee GLA complex memberikan anda 100% GLA. Jadinya sudah jelas yang pengambilan ShakleeGLA Complex adalah lebih baik daripada EPO.

-Shaklee GLA diekstrak daripada minyak borage yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah diserap. 

-Ia dinamakan GLA complex kerana selain borage oil di dalamnya terdapat campuran vitamin E dan minyak benih bunga matahari. (ada vita E lagi, dah cantik, cantik lagi!)

-Boleh hilangkan jeragat, jerawat takut nak tumbuh dan kulit halus mulus tulus dan kudus...

GLA JUGA MEMBANTU ANDA YANG INGIN HAMIL

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Cecair yg subur akan kelihatan jernih, licin dan anjal. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Jika anda masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Penting untuk kita mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex??

Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur.

Kenapa GLA Complex Shaklee Sangat Bestt??


GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Sumber GLA

Minyak Primrose
Blackcurrent
Minyak Borage

Kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni juga
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.

Tips : 
 Ambil sebiji GLA Complex sebelum tidur, kerana ia dipercayai dapat membantu memecahkan lemak tatkala kita sedang tidur. 

Siapa Tidak Perlu Supplement GLA
  • GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.
  • Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.

Siapa yg perlukan GLA Complex:

~ Diabetes
~ Period tidak teratur
~ Mencantikkan kulit (jeragat, jerawat, parut2 jerawat, kulit sensitif dll)
~ tingkatkan kesuburan (untuk cuba hamil)



3 ulasan:

  1. saya nak tanya..adakah GLa boleh diambil ketika hamil...dalam entry ini ade dinyatakan untuk mengawal kencing manis ketika hamil...tapi di bawah pula dinyatakan tidak boleh diambil oleh ibu hamil..minta penjelasan

    BalasPadam
  2. kalau hamil dan dalam masa yang sama ada kencing manis boleh ambik dos ringan (sebiji memadai)..tp kalau xdak masalah tak payah ambik..hehe

    BalasPadam
  3. Saya nak tnya..pengambilan gla ni bermula ketika haid atau sebelum haid ya

    BalasPadam