Penjaga gawang kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, dalam satu majlis pernikahan yang dilangsungkan di rumah keluarga pengantin wanita di Pasir Pekan di sini, pada pagi 28 Disember 2012.
Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek sah menjadi suami kepada usahawan butik pengantin yang lebih dikenali sebagai Leuniey dengan sekali lafaz di hadapan jurunikah iaitu imam Masjid Mukim Pasir Pekan, Abd Ghani Abd Mutalib, pada jam 10.45 pagi.
Pastinya Apek teruja melihat kecantikan isterinya di dalam busana pernikahan rekaan Ezuwan Ismail. Memang menawan sungguh. Terserlah kejelitaan Leuniey yang membuatkan hati Apek jatuh cinta padanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan