Rabu, 26 September 2012

BICARA HATIKU

Duhai hati..
Aku meredhai setiap ketetapanNYA..
Jika dengan redha, maka aku akan mencapai kewarasanku, aku bersyukur pada-NYA..



*Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya..


*Corak kehidupan semakin mematangkan aku. Menjadikan aku lebih mengenal ALLAH. Pelbagai ragam manusia yang dilihat saban hari. Segalanya aku ambil iktibar dari setiap rentak dunia. Namun, apabila aku berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi melainkan ALLAH. Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. Kadangkala manusia menghukum diriku untuk kesilapan yang tidak aku lakukan, namun jauh disudut hatiku yang paling dalam, mengharapkan agar Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah aku lakukan. Dialah ALLAH, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah. Allahurabbi kuatkanlah hatiku. Semoga diriku lebih tabah menempuh mehnah MU. Berjalan dan terus berjalan mencari redaMU..


*Ketika aku mohon diberikan kekuatan, Allah berikan aku kesulitan hingga aku kuat..Ketika aku mohon kebijaksanaan, Allah berikan aku masalah untuk dipecahkan..Ketika aku mohon kesejahteraan, Allah berikan aku akal untuk berfikir..Ketika aku mohon keberanian, Allah berikan aku bahaya untuk diatasi..Ketika aku perlukan cinta, Allah berikan aku orang bermasalah untuk dibantu..Ketika aku tidak pernah menerima apa yang ku minta, Allah berikan aku apa yang ku perlukan..

PUISI KEHIDUPAN



NALURI MALAM

Aku terbujur kaku di kamarku ini
keadaan mulai sepi dan sunyi
Kala malam semakin larut begini
Aku masih setia berilusi

Dikala aku diam membisu
Ingin mencipta sejuta syairku
Tentang kisah perjalanan hidupku
namun masa sering mencemburui aku

Hari demi hari yang seakan berlari
Pergantian waktu yang sering berganti
dunia realiti yang harus dihadapi
Tuhan saja tahu bila tiba waktu terhenti

Hembusan kesejukan angin malam
terusik tentang memori silam
guruh yang mulai kuat berdentum
fikiran yang melayang terus terpadam

HATI TERLUKA

Aku cuba merangkai kata
Walau dengan hati terluka
Aku cuba fahami kembali
Walau jiwaku telah mengerti

Aku beri isyarat agar mereka mampu fahami
Aku cuba jelaskan namun mereka tetap tidak peduli
Rasa sakit ini kian bertambah hingga menghimpitku
Jiwa dan ragaku terasa perit tak terhingga

Begitu banyak aku diperbodohkan
Terlalu banyak aku kecewa
Kini semuanya telah ternoktah
Biarpun tiada hitam putihnya

Dalam senyumku ada sejuta rasa yang mencengkam
Dalam gerak langkahku hampir longlai dipertengahan
Dalam tenangku terselit kekuatan dari kepedihan
Diketika itu hanya pada ALLAH aku berserah

Perjuanganku akan aku lakukan sehabis kudratku
Sampai ke garisan penamat yang terakhir
Dengan izin ALLAH moga segalanya-galanya
Adalah yang terindah dikemudian hari

~~~~~~~~~~ :-[ ~~~~~~~~~~ :'( ~~~~~~~~~~ :-)


KEKUASAAN ALLAH S.W.T.


TANDA - TANDA KEKUASAAN ALLAH
Awan Bentuk Kalimah Allah
Bayi Lebih Kepala
Batu Terapung
Bayi Kepala 2
Bayi Kaki 4
Buaya Kembar Siam
Kalimah Pada Bunga
Duyung Ke ?
Ke Duyung ?
Kacang Bertulis Kalimah
Kalimah Allah Di Bumi
Katak Kaki 3
Kembar Siam India
Kembar Siam Indonesia
Kembah Siam Iran
Lembu Kepala 2
Lembu Kaki 6
Masjid Teguh Selepas Gempa
Pisang 2 Tandan
Pokok Bentuk Orang
Pokok Bentuk Kalimah
Pulau Bulan Bintang
Sarang Lebah
Kalimah Pada Tomato
Ular Kepala 2
Kucing Kepala 2
Anjing Kepala 2
Ayam Kaki 4
Batu Bentuk Muka
Batu Bentuk Muka
Kaabah Banjir
Kaabah Banjir
Kaabah Banjir
Keladi Gergasi
Badan Yu Kepala Pari
Telur Dalam Telur

TANDA KUASA ALLAH 2
Batang Kelapa
Bayi Lebih Kepala
Bayi Kepala 2
Budak 2 Kepala
Bayi Cacat
Bayi Cacat
Bayi cacat
Bayi Cacat
Mumia Firaun
Ikan 2 Badan
Ikan Muka Orang
Ikan Muka Orang
Gunung Muka Orang
Kaktus Berkalimah
Bayi Duyung
Bayi Duyung
Kambing 5 Tanduk
Pokok Keluar Air
Pokok Rukuk
Pasangan Ubi
Buah Bertulis
Kaum Lut
Limau Berbuah Betik
Pokok Menari
Batu Muka Anjing
Batu Muka Orang
Lagi Bayi Cacat
Bayi Berekor
KOLEKSI VIDEO
 
KEAJAIBAN AZAN
 
 
IKAN BERWAJAH MANUSIA
 
 
MANUSIA POKOK
 
 
MENGAPA DAGING KHINZIR HARAM ?