Ding Dong Dantes dan Marian Rivera
Hai, anda minat drama Filipina? Anda minat Marian Rivera dan Ding Dong Dantes yang berlakon dalam Telenovela Marimar? Kalau ya, drama dari Filipina yang bertajuk Dangerous Love telah ditayangkan di Malaysia mulai 7 Disember lalu. Di Filipina, tajuknya Ang Babaeng Hinugot sa Aking Tadyang. Kalau anda nak tengok di TV3 memang takde sebab drama ini hanya di tayangkan di laman web Tonton. Anda perlukan internet berkelajuan tinggi untuk memastikan anda menonton drama ini dengan lancar.
Dangerous Love hanya dapat disaksikan di Tonton Eksklusif.
Ini pautannya: Tonton Dangerous Love
Kenapa tayang di laman web Tonton? Mungkin kerana isi kandungan drama ini yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Tahukah anda, pasangan Marian Rivera dan Ding Dong Dantes mempunyai pengikut yang ramai di Malaysia setelah tayangan Telenovela Marimar. Sebab itu, TV3 sekali lagi menampilkan lakonan mereka dalam Endless Love slot Telenovela.
Terbaru, gadis kelahiran Madrid, Sepanyol yang membina populariti menerusi drama berantai popular seperti Marimar, Dyesebel, Darna dan Amaya ini dihadapkan dengan sebuah lagi persoalan berat.
Marian yang sedang hangat mencuri perhatian penonton tempatan menerusi drama bersiri, Everlasting Love yang disiarkan TV3 dikatakan hamil, hasil hubungan dengan kekasihnya iaitu aktor popular Filipina, Dingdong Dantes.
“Ia bukan lagi kejutan. Lima tahun saya berada dalam industri hiburan, malah sering menjadi subjek kepada pelbagai kontroversi membuatkan saya sudah lali menerima semua ini,” kata Marian yang jelas tidak goyah dengan gosip yang bertiup.
Penerima anugerah Bintang TV Fenomena oleh Guillermo Mendoza Memorial Scholarship Foundation (GMMSF) pada kemuncak Anugerah Hiburan Box-Office ke-38 meleraikan kekeliruan apabila mengakui bukan dirinya yang mengandung.
“Sebaliknya Trina, adik Dingdong yang menunggu kelahiran cahaya mata keduanya. Mungkin ada yang keliru mengenainya,” kata Marian yang memuncak popularitinya selepas membintangi siri Marimar pada 2007.
Enggan membuang masanya melayan isu remeh yang tidak pernah berkesudahan, Marian sebaliknya selesa menghitung segala kurniaan Tuhan.
“Jadual kerjaya saya terlalu padat. Selain menyempurnakan penggambaran My Beloved yang kembali menemukan saya dengan Dingdong, saya juga akan beraksi dalam siri baru, Tweets for My Sweet.
“Ia sebuah sitkom yang menyaksikan saya berkongsi skrin dengan Nova Villa, Barbie Forteza, Elmo Magalona, Sheena Halili, Chef Boy Logro dan Roderick Paulate.
“Saya begitu teruja menantinya, apatah lagi sudah lama tidak beraksi selepas kali terakhir membintangi sitkom, Show Me The Manny,” katanya.
Mengakui berdepan sedikit cabaran menangani dua perwatakan berbeza apabila berlakon sitkom dan drama fantasi serentak, namun Marian melihatnya sebagai ruang mencari keseimbangan selepas terikat dengan lakonan berat dalam My Beloved.
Aktres dan penyanyi yang tersenarai dalam barisan 10 Wanita Tercantik 2012 itu juga menyatakan perasaan tidak sabar untuk kembali ke layar perak dalam filem terbitan Regal Entertainment yang menemukannya dengan Coco Martin.
“Ia antara projek paling saya nantikan. Filem itu bakal diarahkan Maryo J Delos Reyes. Sebuah filem yang begitu dramatik dan mendesak saya untuk membuat persediaan rapi memikirkan gandingan saya ialah seorang pelakon hebat.
“Saya pernah bertemunya pada sidang media pelancaran filem itu. Pada permulaan kami cuma saling berpandangan, itu perkara biasa memandangkan kami belum pernah bekerjasama.
“Tambahan pula, saya dan Coco bernaung di bawah stesen berbeza namun saya percaya, apabila penggambaran berlangsung keserasian akan tercipta,” katanya.
Seakan tidak lekang diulit kontroversi, Marian turut dibelenggu episod bermasam muka dengan pelakon, Katrina Halili yang kembali dibangkitkan.
Menepis gosip yang diperkatakan, Marian mempertahankan, mereka berdua saling bertegur sapa ketika berlakon bersama dalam My Beloved.
“Kami sudah lama membenamkan isu itu lama sebelum penggambaran Marimar tamat. Mungkin kerana Katrina sedang hamil, jadi dia berdepan peralihan mood mengapa tidak kita semua cuba memahaminya,” katanya.
Dicemburui Dingdong
MENGAKUI perjalanan hidupnya semakin selesa, malah percintaan yang dijalani selama tiga tahun bersama Dingdong kekal stabil, Marian bagaimanapun masih belum bersedia untuk menamatkan zaman solonya.
“Belum terfikir ke arah itu lagi (perkahwinan). Kami bahagia bersama, mengapa harus merosakkannya dengan perkahwinan,” katanya.
Melihat teman lelakinya yang aktif menekuni dunia politik selepas Dingdong dilantik sebagai jurucakap kepada agensi belia kerajaan selain menubuhkan Yes Pinoy Foundation, Marian turut ditanya perkara sama.
“Saya akan menyokong dalam apa juga lapangan yang disertainya,” katanya mengenai jejaka yang pertama kali ditemui ketika dia menghadiri sesi uji bakat drama Marimar pada 2007 di Quezon City.
Cinta yang mendalam membuatkan Dingdong cemburu apabila Marian beraksi intim dengan pelakon lain. Malah ketika jejaka itu bertandang ke Kuala Lumpur pada akhir April lalu untuk mempromosikan Endless Love, Dindong meluahkan perasaan rindunya terhadap Marian menerusi laman Twitter miliknya.
Seperti teman lelakinya, Marian selesa mengambil pendekatan untuk membicarakan perkara itu apabila tiba masanya nanti.
“Perkahwinan adalah sesuatu yang sangat istimewa, jadi kami tidak mahu memusnahkan masa yang tepat. Apabila tiba masanya nanti, kami pasti akan bercerita mengenainya,” katanya.
Endless Love ; Autumn In My Heart versi Filipina :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan