Rabu, 26 September 2012

BICARA HATIKU

Duhai hati..
Aku meredhai setiap ketetapanNYA..
Jika dengan redha, maka aku akan mencapai kewarasanku, aku bersyukur pada-NYA..



*Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya..


*Corak kehidupan semakin mematangkan aku. Menjadikan aku lebih mengenal ALLAH. Pelbagai ragam manusia yang dilihat saban hari. Segalanya aku ambil iktibar dari setiap rentak dunia. Namun, apabila aku berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi melainkan ALLAH. Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. Kadangkala manusia menghukum diriku untuk kesilapan yang tidak aku lakukan, namun jauh disudut hatiku yang paling dalam, mengharapkan agar Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah aku lakukan. Dialah ALLAH, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah. Allahurabbi kuatkanlah hatiku. Semoga diriku lebih tabah menempuh mehnah MU. Berjalan dan terus berjalan mencari redaMU..


*Ketika aku mohon diberikan kekuatan, Allah berikan aku kesulitan hingga aku kuat..Ketika aku mohon kebijaksanaan, Allah berikan aku masalah untuk dipecahkan..Ketika aku mohon kesejahteraan, Allah berikan aku akal untuk berfikir..Ketika aku mohon keberanian, Allah berikan aku bahaya untuk diatasi..Ketika aku perlukan cinta, Allah berikan aku orang bermasalah untuk dibantu..Ketika aku tidak pernah menerima apa yang ku minta, Allah berikan aku apa yang ku perlukan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan