Jumaat, 21 September 2012

IZARA AISHAH


Izara sebenarnya lebih meminati bidang tarian berbanding lakonan. Untuk makluman, Izara mengetahui pelbagai jenis tarian yang semuanya dipelajari sendiri. Apabila diberi peluang untuk berlakon, Izara pun mengambilnya kerana bidang lakonan merupakan pilihan kedua selepas bidang tarian. Adakah anda tahu Izara tidak boleh bawa motor. Izara pernah bawak sekali dan akhirnya kena langgar di depan rumah. Akibat Izara tak boleh jalan dan terpaksa guna tongkat. Kini Izara fobia dengan motor. Jadi kalau nak ajak dating, pastikan anda ada kereta.

Profil Izara Aishah

Nama sebenar: Izara Aishah Hisham
Tarikh lahir: 28 September 1992
Bintang: Libra
Darah Campuran: Melayu + Pakistan
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Adik-beradik: Sulung daripada tiga beradik
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama/Telefilem: Kasih Najiha Hantu Gigi, Keranamu Laila, Masih Membara Cintaku, Selumbar Kasih, Jejaka J, Cikaro, Soffiya, Pusing Beraya, Soffiya dan Vanila Coklat.

Ketahui Tentang Izara Aishah Hisham :

1. Tidak gemar memakai selipar yang flat. Jika terpakai, Izara akan berasa pelik dan tidak selesa. Nasib baiklah zaman sekarang sudah ada wedges. Banyak sikit pilihan kasut untuk Izara pakai.

2. Izara pernah belajar Muay Thai ketika berumur 16 tahun. Sayangnya aktiviti tersebut telah terhenti akibat tiada masa untuk ke gym. Berkemungkinan besar Izara akan aktif ber”Muay Thai” semula di masa akan datang. Jadi hati-hati kalau berjumpa Izara. Takut di”Muay Thai”kannya nanti. Hehehe.

3. Izara tidak boleh minum air kosong atau pun air mineral (ini bahaya, sila jangan tiru). Air yang diminum oleh Izara kena ada warna. Paling pelik, jika Izara minum air suam, dia akan terasa nak muntah. Tambah memelikkan, apabila Izara minum milo dia tak boleh tidur. Namun kalau minum kopi, akan terus mengantuk. Misteri sungguh kan?

4. Sehingga hari ini, Izara masih menari setiap hari. Bila sedih, happy, penat, stress atau ada problem, Izara akan menari sampai tak boleh bangun. Ini ialah salah satu cara untuk Izara lepaskan segala tekanan. Senang cerita, menari ialah passion Izara.


gambar izara aishah











Umurnya bakal mencecah 20 tahun, 28 September ini. Dalam usia muda sebegini, Izara Aisyah boleh dikatakan beruntung kerana mempunyai segalanya.

Bukan saja memiliki raut wajah menawan, malah karier lakonannya juga berjalan lancar tanpa diiringi sebarang kontroversi.


Hari demi hari, bakat anak kelahiran Johor ini semakin mendapat tempat dalam kalangan penonton.

Usai tayangan drama bersiri popular, Vanilla Coklat di TV3 yang berjaya melonjakkan namanya, wajah Izara kini menghiasi pula slot Zehra menerusi drama Naziha.


Dua tahun berada dalam industri selepas memenangi tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010, Izara mengakui semakin selesa menjalani kehidupan sebagai selebriti.


“Alhamdulillah, kehadiran saya dalam dunia lakonan disedari dan diterima peminat yang banyak memberi sokongan.


“Bukan mudah untuk membina karier dan saya anggap ini semua sebagai rezeki,” katanya ketika ditemui di majlis anjuran Burger King, baru-baru ini.




Biarpun terpaksa mengorbankan masa remajanya, menurut Izara, tidak sedikit pun terdetik rasa menyesal dengan apa yang dilaluinya.


“Ya, kadang-kadang saya agak tertekan dengan jadual yang padat setiap hari.


“Namun, inilah impian saya dari dulu. Di sebalik semua ini, saya bersyukur kerana emak sentiasa memberi sokongan dan nasihat,” katanya yang hanya berkesempatan berehat ketika Ramadan lalu.


Tak memilih


Semakin ‘lebat’ dengan tawaran lakonan, tidak lama lagi Izara akan memulakan penggambaran filem Putera di samping pelakon handalan seperti Beto Kusyairi dan Namron.


Putera merupakan filem kedua dibintangi Izara selepas KL Zombie dan selepas itu dia bakal terlibat dengan sebuah lagi filem baru.


Mula dikenali daripada drama televisyen, Izara menafikan dia kini hanya memilih tawaran berlakon di layar perak.


“Saya bukanlah terlalu memilih dan akan ambil tawaran mana yang datang dulu, tidak kira drama atau filem.


“Malah, sebagai pelakon baru, saya sedar kemampuan lakonan saya. Jika saya rasa belum layak membawakan sesuatu watak, saya akan tolak,” katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian di kolej demi memberi tumpuan kepada lakonan.

Izara Aishah Profil dan Biodata

Gambar Izara Aishah

Biodata Izara Aishah,Gambar Izara Aishah

Biodata Izara Aishah,Gambar Izara Aishah

Gambar Izara Aishah

Photo


2 ulasan:

  1. Saya sangat minat awk.sebab peramah n hormat orang n ceria n wajah bulat comel n humble
    .kecewa awk terlalu seksi.saya doa agar bakal suami awk boleh jadikan awk wanita soleh.seindah wajah Awk.tubuh yg cantik jangan beri pada tatapan semua lelaki memandang.lelaki boleh berimaginasi nakal.ia amat geli.

    BalasPadam
  2. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam