Khamis, 20 September 2012

KAU YANG TERINDAH - DRAMA SLOT AKASIA TV3



sinopsis pelakon kau yang terindah slot akasia tv3 neelofa nazim othman Hafil Andrio Putra

Antara pelakon drama ini adalah:
  • Hafil Andrio Putra
  • Neelofa
  • Nazim Othman
  • Azizah Mahzan
  • Rahim Jelani
  • Erma Fatimaa
  • Hafiz Shafie
  • Emma Maembong
  • dan ramai lagi…

Dan berikut adalah sinopsis drama ini: 

Mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya.

Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya.  Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah.

Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3 bermula 6 Ogos setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam.


Saksikan preview iklan drama ini di bawah:





ALYAH - KAU YANG TERINDAH







Mungkinkah Shamiel dan Alisya akan bersatu untuk selamanya? Episod akhir Kau Yang Terindah di TV3.

Sinopsis episod akhir, Alisya dan Shamiel tiba di Madinah. Firman berasa seolah-olah terlihat kelibat Alisya. Alisya bermohon di Masjid Nabawi supaya Allah mengambil semua cintanya buat Firman dan menjadikan dia isteri yang solehah untuk Shamiel. Setelah Alisya dan Shamiel bertemu dengan Firman, apakah yang akan terjadi? Firman redha melepaskan cinta Alisya dan mendoakan kebahagiaan Alisya bersama Shamiel berkekalan. Manakala Shamiel juga redha melepaskan Alisya sekiranya dia ingin kembali kepada Firman semula (seperti janjinya). Siapa pilihan hati Alisya?

 Macam Firman yang akan kehilangan Alisya..

In the end : Alisya memilih Syamiel.. 


 Hafil Andrio Putra, Neelofa dan Nazim Othman.


Drama ini menjalani penggambaran di Mekah.


Neelofa dan Nazim Othman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan