Selasa, 15 Januari 2013

AMALAN MURAH REZEKI



1.Menyempatkan diri beribadah
2.Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
3.Memperbanyak istighfar - Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
4.Tinggalkan perbuatan dosa - Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa.
5.Sentiasa ingat Allah - Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
6.Berbakti dan mendoakan ibu bapa - Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
7.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah - Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
8.Tunaikan hajat orang lain - Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri
9.Banyak berselawat.


10.Buat kebajikan banyak-banyak.
11.Berpagi-pagi - Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
12.Menjalin silaturrahim
13.Melazimi kekal berwuduk.
14.Bersedekah - Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
15.Amalkan solat malam (tahajud) - Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
16.Amalkan solat Dhuha - Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
17.Bersyukur kepada Allah - Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat.
18.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu - Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
19.Berdoa - Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
20.Berikhtiar sehabisnya - Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
21.Bertawakal - Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah.

Zikir Yang Patut Diamalkan


Bismikallahumma nada`u, Fi ghuduwiw wa rawah, Laka minna kullu hamdin, Fi masaiw wa sobah, Hablana minka roshadah, Wahdiina subulasolah, Inna taqwa Allahi nurun, Wa toriqul lil falah. - Dengan nama mu Ya Allah, kami meminta pada waktu pagi dan petang, bagi mengisi segala pujian, pada waktu pagi dan petang, kurniakan kepada kami dari sisiMu petunjuk, tunjukkan kami jalan kebaikan, sesungguh nya ketakwaan kepada Allah, cahaya dan jalan kejayaan. (In the name of Allah, we pray,in the morning and evening, for u all the praise, in the morning and evening, give us the guide, show us the right path, truly, taqwa to Allah, is the light and way to success)

Doa Murah Rezeki

1) Membaca SURAH AL-WAQIAH
- Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).


2) Membaca SURAH AL-IKHLAS:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”
- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya. (Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)

1 ulasan: