1.Bersenam setiap hari.
Fizikal yang sentiasa cergas dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik, membantu keseimbangan dan koordinasi tubuh serta mengurangkan berat badan.
Tips bersenam secara berdisiplin:
~ Bersenam selama 30 minit sehari atau sekurang-kurangnya
150 minit bersenamrobik sederhana ataupun 75 minit ber
senamrobik rancak dalam seminggu.
~ Berjalan pantas adalah senaman paling mudah untuk di
amalkan.
~Banyakkan berjalan dalam rutin kehidupan sebaik-baiknya
10,000 langkah sehari.
~ Lakukan pergerakan ringan seperti membasuh pinggan
mangkuk, menggosok pakaian ataupun mengangkat jemuran
selepas selesai makan.
~ Sesekali lakukan kerja rumah tanpa menggunakn mesin.
2.Tingkatkan sistem penghadaman.
Sistem penghadaman yang kurang baik menyebabkan khasiat makanan tidak dapat diserap untuk dimanfaatkan oleh sistem badan. Tanda sistem penghadaman yang kurang baik adalah seperti tekstur kulit kasar, alahan kulit, sembelit, air bertakung dalam badan, sakit kepala, kurang daya tumpuan, kemurungan dan perut kembung.
Tips untuk melancarkan sistem penghadaman:
~ Mengambil Nurich Lacto-Lite yang kaya dengan probiotik
dan inulin setiap hari.
~ Mengambil makanan kaya serat dan buah-buahan seperti
oat, brokoli, prun, kekacang dan betik.
3.Selaraskan pH tubuh.
Tubuh yang sihat adalah bersifat alkali lemah iaitu sekitar pH 7.35 - 7.45.
Tips untuk mendapatkan pH badan yang sihat:
~ Mengambil bahan organik yang kaya dengan mineral dan
bersifat alkali seperti Hai-O Garam Buluh Premier Drink
dan Hai-O Garam Buluh Premier Coolking Salt Powder.
4. Banyakkan meminum air.
Fungsi air adalah untuk menyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, menyingkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ.
Tips tentang pemilihan air minuman:
~Minum air yang bersih, selamat dan berkhasiat seperti air
Bio-Aura yang bersifat alkali, kaya dengan mineral dan
bertenaga.
~ Kurangkan pengambilan air yang tinggi kandungan gula,
pewarna dan berkarbonat.
5. Pengurusan stres.
Gaya hidup yang serba sibuk dengan pelbagai tuntutan dan keperluan menjadikan stres begitu sinonim dengan kehidupan sekarang.
Tips pengurusan stres:
~ Senyum selalu.
~ Tarik nafas dalam-dalam sekerap mungkin.
~ Lakukan aktiviti berfaedah supaya tidak terlalu memikirkan
stres seperti mendengar lagu kegemaran, bersembang-sembang
dan melawat tempat yang belum pernah dikunjungi.
~ Kawal minda supaya tidak terlalu emosi akibat stres.
6. Tabiat makan yang baik.
Tabiat makan mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang sepertimana pepatah Inggeris yang berbunyi "We are what we eat". Amalkan cara makan yang sihat seperti makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang dan mulakan dengan buah-buahan sebelum makan makanan berat.
Tips amalan pemakanan yang sihat:
~ Patuhi piramid makanan untuk pemakanan yang seimbang.
~ Pelbagaikan variasi makanan harian supaya mendapat khasiat
yang lebih lengkap.
~ Sebaik-baiknya pilihlah makanan organik dan makanan segar
seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta perbanyakkan
pengambilan makanan berseat.
~ Kunyah makanan perlahan-lahan dan jangan makan sambil
minum air.
~ Makanlah makanan yang bersih dan suci. Penggunaan BIOzone
Food Purifier dapat menulenkan makanan daripada bahan
pencemar.
7. Jaga jadual tidur.
Tidur yang cukup adlah penting untuk pemulihan kesihatan dan mood seseorang.
Tips untuk mendapatkan tidur yang berkualiti:
~ Patuhi jadual tidur dengan tidur sekurang-kurangnya 7 - 8
jam sehari.
~ Tidurlah dengan perasaan positif dan bangun dengan perasaan
lapang dan bersyukur.
~ Jangan minum minuman yang membuatkan anda sukar tidur
atau makan terlalu kenyang.
8. Hubungan intim suami isteri.
Hubungan suami isteri yang intim dan mesra bukan sahaja penting untuk kerukunan rumahtangga, bahkan juga baik untuk kesihatan seseorang.
Tips untuk memupuk keluarga bahagia:
~ Hormati dan hargai pasangan.
~ Berkomunikasilah secara hormat, mesra dan menghiburkan.
~ Selalu mendoakan kesejahteraan pasangan dan juga kebahagiaan rumahtangga.
~ Menjaga penampilan diri dan kesihatan dengan mengambil
makanan berkhasiat seperti Hai-O Kacimah, Eury Jack dan
Herba Maharani.
Kesimpulannya, kesihatan dan kebahagiaan adalah saling berkait. Mereka yang bahagia biasanya sihat dan kelihatan gembira. Mereka yang benar-benar sihat pula kelihatan berseri dan bahagia. Kesihatan dan kebahagian adalah nikmat yang tidak ternilai serta menuntut pengorbanan dan disiplin diri yang tinggi. Nikmat kedua-dua anugerah tersebut boleh dikecapi dengan berbekalkan minda dan sikap yang positif.
5 Rahsia Kekal Cantik dan Sihat Cara Islam
Agar wajah anda kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah wajah dengan air wuduk sekurang-kurangnya lima kali sehari. Air wuduk itu janganlah dilap, sebaliknya dibiarkan kering denagn sendiri. Kemudian, ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir dan berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.
2. BERSENAM ELAKKAN STRESS
Untuk menghilangkan stress atau tekanan, anda boleh bersenam. Bersenam melalui solat. Ketika anda bersolat, anda menggerakkan seluruh anggota badan. Dan, inilah cara sebaik-baik senaman yang patut kita amalkan sebagai umat islam.
3. RAHSIA BIBIR CANTIK
Anda ingin memiliki bibir yang mungkil, cantik dan berseri? Bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, dan juga tidak sombong dan takabur.
4. DIKENALI DAN DISAYANGI
Agar diri anda lebih dikenali dan mempunyai ramai kawan, ucapkanlah salam kepada orang lain yang ditemui sama ada di kuliah, pejabat mahupun di sebarang majlis yang anda hadiri. Selain memanjangkan ikatan persaudaraan sesama Islam, anda juga dapat meluaskan persahabatan. Melalui cara ini, anda akan lebih dikenali serta disayangi oleh ramai orang.
5. TUBUH LANGSING JADI IDAMAN
Untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit yang licin, anda tidak perlu mengambil ubat diet ataupun pil kurus. Sebaliknya, diet yang teratur dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis pada setiap minggu akan membuatkan tubuh anda kekal langsing dan sihat. Jangan lupa, makanlah makanan yang halal serta perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
Bagus perkongsiann..boleh follow blog saya 😉
BalasPadamMohon untuk share ea
BalasPadam