Selasa, 15 Januari 2013

KELEBIHAN SURAH AL MULK




SURAH AL MULK yang beerti kuasa pemerintahan adalah merupakan surah yang ke 67 didalam al quran itu sendiri, ia mengandungi 30 ayat, diantara isi isi kandungannya ialah ditegaskan tentang kekuasaan ALLAH iaitu menguasai pemerintahan dunia dan juga diakhirat nanti ..

Maha Suci DIA dari apa yang mereka persekutukan, bahawa seluruh alam telah diciptakanNya begitu rapi sekali tanpa sebarang cacat dan celanya, malah diakhirat nanti bagi mereka mereka yang engkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk sekali, lagi mengerunkan dan bagi mereka mereka yang mentaati ALLAH dalam menjalankan segala kewajipan yang difardhukan akan mendapat keampunan dan balasan yang amat sebaik baiknya.

 

Terdapat banyak sekali dari hadis hadis Rasulullah saw yang menyatakan tentang fadhilat dan juga faedah serta hikmah bagi mereka mereka yang mengamalkan membaca surah al mulk ini, diantaranya ialah yang diriwayatkan oleh abu daud, at tirmizi, an nasai dan ibnu majah dari abu hurairah yang bermaksud,
Sesungguhnya didalam al quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu surah al mulk.

Daripada ibnu abbas r.a meriwayatkan seseorang sahabat rasulullah saw menceritakan ia telah mendirikan khemah diatas kubur yang beliau tidak ketahui, dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah al mulk sehingga habis dibacanya, beliau lalu menemui baginda saw dan berkata "wahai Rasulullah, ketika saya dirikan khemah diatas kubur yang saya tidak ketahui, saya telah mendengar seseorang sedang membaca surah al mulk maka nabi saw pun berkata itulah yang menahan al maani'ah dan yang menyelamatkan al manji'ah dia dari siksa kubur (HR at tirmizi).

Daripada jabir r.a meriwayatkan sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah sajdah dan surah al mulk.

Daripada anas ibnu malik berkata Rasulullah saw pernah bersabda satu surah didalam al quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkan nya ia kedalam syurga iaitu surah al mulk.

An nasai juga meriwayatkan dari ibnu mas'ud bahawa Rasulullah saw pernah berkata sesiapa yang membaca surah al mulk setiap malam maka ALLAH akan mencegah atau menjauhikannya daripada azab kubur.

Terdapat sebuah surah didalam al quran, tiada surah yang sedemikian rupanya melainkan mengandungi 30 ayat yang kelak akan memberikan syafaat kepada orang yang membacanya, mengeluarkannya daripada azab seksa neraka lalu dimasukkannya kedalam al jannah yakni syurga iaitu surah al mulk.

Anas r.a juga meriwayatkan sesiapa yang membaca surah al mulk dan surah as sajdah pada waktu malam maka keadaannya seperti ia menemui malam lailatul qadar.

As syeikh abdul qadir jailani pernah berkata meninggalkan sebarang tuntutan ibadah adalah meniadakan tuhan dan mengerjakan kemungkaran itu adalah dosa kerana hukum hukum syariah yang telah diperintahkan itu tidak pernah termansuh dari diri seseorang dan dalam apa jua keadaan.  


maksud doa:-

YA ALLAH ..peliharalah kami agar berpegang teguh kepada agama kami (islam), samaada berdiri, duduk ataupun berbaring, dan janganlah engkau membiarkan musuh dan pendengki mentertawakan kami.
YA ALLAH ..bahawasanya kami memohon kepadaMu dengan segala kebaikan yang perbendaharaannya berada dalam kekuasaanMu.
YA ALLAH ..jadikanlah sebaik baik umur kami pada akhirnya dan sebaik baik amal kami pada penghabisannya dan sebaik baik hari kami bertemu denganMu.
YA ALLAH ..kami berlindung kepadaMu dari kejahatan semua binatang kerana Engkaulah yang menguasai ubun ubunnya dan kami memohon kepadaMu dengan segala kebaikan yang ada pada kekuasaanMu.
Rasulullah saw pernah bersabda 
bertakwalah kepada ALLAH dimana saja engkau berada dan ikutilah kejahatan dengan mengantikannya kepada kebaikan nescaya menghapuskan nya dan berkelakuanlah kepada manusia dengan kelakuan yang baik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan