--> Cara hendak menggerakkan
kereta.
- Tekan clutch
hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat
dan lembut. Kaki
di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga
terasa badan
kereta bergegar hendak bergerak, tambah sedikit
minyak dan
kawallah kelajuan
dan stereng anda. Bila sudah stabil dan meter mencecah
ke 20km - 25km,
tukarlah kepada gear 2 dan meter mencecah ke 30km - 35km,
tukar ke gear 3,
meter mencecah ke 4okm tukarlah ke gear 4 dan seterusnya
tukarlah ke gear
5 mengikut kelancaran jalanraya.
--> Cara hendak
mengelakkan dari enjin mati setelah gear
dimasukkan.
- Jangan angkat
pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta
anda telahstabil
barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan
dengan perlahan.
- Jika hendak
berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga
meter turun dibawah
30km, tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek.
Untuk
mengelakkan anda kelam kabut kerana kurang mahir.
- Bila kereta
berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan
pedal brek. Sebelum
mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib freekan gear
dulu dan tarik
hand brek.
PARKING 3 PENJURU
1. Pusingan tiga
penjuru adalah olahgerak terakhir dalam ujian bahagian 2
untuk ujian
memandu kereta selepas ujian mendaki bukit dan ujian meletak
kereta
secara masuk belok.
2. Berhati-hati
untuk olahgerak terakhir ini untuk memastikan anda boleh
lulus
sepenuhnya untuk ujian bahagian 2.
3. Ini adalah kerana jika anda kurang berhati-hati kemungkinan anda gagal
3. Ini adalah kerana jika anda kurang berhati-hati kemungkinan anda gagal
dan akan menyebabkan
anda gagal keseluruhan ujian bahagian 2.
4. Risikonya
ialah anda perlu membuat ujian ulangan bahagian 2 dan anda
wajib
menjalani semula ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara
masuk belok
walaupun sebelum ini anda sudahpun lulus kedua-dua olahgerak
ini.
5. Selepas keluar
dari petak meletak kereta secara masuk belok ( side parking),
anda terus menuju
ke dalam petak tiga penjuru ini.
6. Pandu kereta
anda bergerak lurus di sebelah kiri mengikut anak panah masuk
dan sebaik cermin
sisi sebelah kiri sama lurus dengan tiang no.2 di sebelah kiri
anda, pusing
stereng habis ke kanan dengan pantas.
7. Berhenti di
hadapan tiang sebelah kanan anda dan pastikan kereta anda tidak
melepasi garisan
kuning dan tidak melanggar atau menyentuh tiang itu. Pastikan
juga stereng
selari dengan tiang di tengah dan tayar hadapan dalam keadaan
menegak.
8. Pastikan
kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis
ke kiri dan masukkan
gear reverse, lepaskan clucth perlahan2 barulah boleh
undur terus ke
belakang dan tidak boleh menyentuh atau melanggar tiang
belakang serta
belakang badan kereta tidak boleh terkeluar dari garisan kuning.
Panduannya
mudah semasa mengundur kereta anda tengok anak panah masuk
dan
sebaik anak panah itu lurus kearah anda, terus berhenti. Bermakna kereta
anda
tidak akan terlanggar tiang belakang. Cuba praktik dan perhatikan.
9. Pastikan
kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis
ke kanan
dan masukkan gear 1. Terus bergerak keluar mengikut anak panah
keluar dan letak
semula kereta dimana anda bermula.
Untuk info:
Pastikan hanya tiga pergerakan sahaja
dibenarkan ketika masuk, berada
dalam petak dan keluar dari petak.
Anda tidak dibenarkan berhenti-henti di
pertengahan di setiap pergerakan.
Jika enjin kereta mati tiba-tiba semasa
berhenti, pastikan tekan brek dan freekan
gear barulah hidupkan semula
enjin kereta anda. Masa
yang dibenarkan dari mula anda masuk hingga
keluar dari petak ini tidak
melebihi 3 minit.
SIDE PARKING
1. Anda hanya dibenarkan untuk membuat ujian side parking
atau meletak
kereta secara masuk belok hanya selepas lulus ujian
mendaki bukit.
2. Pandu kereta bergerak lurus ke hadapan dan
sebaik-baiknya jarak cermin
sisi kiri dengan tiang pertama lebih kurang 3
kaki.Tidak terlalu dekat dan
tidak pula terlalu jauh dari tiang.
3. Toleh ke kiri arah cermin tingkap tiga segi di
bahagian penumpang kiri.
Berhentikan kereta sebaik anda nampak tiang pertama
berada di tengah-
tengah cermin itu.
4. Tekan clutch & masukkan gear reverse.
5. Pusing stereng ke kiri sampai habis.
6. Lepaskan clutch perlahan2, mula undur perlahan-lahan dan lihat melalui
5. Pusing stereng ke kiri sampai habis.
6. Lepaskan clutch perlahan2, mula undur perlahan-lahan dan lihat melalui
cermin sisi sebelah
kanan. Kira tiang yang anda nampak didalam cermin sisi
dan berhenti sebaik
badan kereta sudah sama lurus dengan tiang no.7.
7. Pusing stereng sebanyak 2 kali ke kanan. Undur kereta
dan lihat
kedudukan tayar belakang sebelah kanan berada di
atas garisan kuning.
Berhenti.
8. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan undur
sehingga kereta betul2
masuk ke lot Parking. Lihat tayar hadapan
sebelah kanan dan berhenti
sebaik tayar itu sudah berada di atas garisan
kuning. Jangan langgar tiang
hadapan.
9. Tekan brek, freekan gear, tarik hand brek & angkat tangan sebagai tanda
9. Tekan brek, freekan gear, tarik hand brek & angkat tangan sebagai tanda
anda telah berjaya
meletak kereta dengan betul.Tunggu isyarat dan arahan
pegawai penguji untuk anda
keluarkan kereta dari petak.
10. Masukkan gear reverse. Pusing stereng 2 kali ke kiri.
Gerakkan kereta
berhati-hati. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan
berhenti sebaik tayar
berada diatas garisan kuning.
11. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan masukkan
gear 1. Terus
keluar berhati-hati jika anda mahir. Sekiranya anda
tidak berapa mahir.
Berhenti dahulu sebaik tiang no. 1 berada di
tengah-tengah pintu
penumpang kiri anda.
12. Pusing stereng 3 1/2 kali ke kiri dan terus keluar.
Untuk info:
Masa yang diberi
dari mula anda hendak bergerak masuk
dan sehingga anda
keluar dari petak ialah tidak boleh melebihi dari 5 minit.
Kebiasaannya
ketika hari ujian, kebanyakan pelajar hanya mangambil masa
kurang dari
2 minit.
Syarat utama untuk mengelakkan anda
gagal ialah:
1. Jangan sentuh
atau langgar mana-mana tiang walaupun tiang tidak jatuh
atau tiang bergoyang.
2. Badan kereta
mesti berada di dalam petak dan tidak boleh terjulur keluar
melebihi garisan.
3. Tidak melebihi
masa 5 minit.
4. Tidak berlaku
sebarang kemalangan.
MENAIKI BUKIT
1. Mulakan gear 1.
2. Gerak perlahan2.
3. Apabila side mirror menghampiri palang pertama, cepat2 tekan clutch &
2. Gerak perlahan2.
3. Apabila side mirror menghampiri palang pertama, cepat2 tekan clutch &
break kaki.
4. Tarik hand brake & freekan gear.
5. Lihat keluar sama ada tayar depan cecah pada line kuning.
-Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning.
4. Tarik hand brake & freekan gear.
5. Lihat keluar sama ada tayar depan cecah pada line kuning.
-Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning.
-Tayar tidak
boleh melebihi 50% keluar dari garisan kuning. Keadaan ini
menyebabkan
anda terus dianggap gagal.
-Ketika
berhenti di garisan kuning, brek tangan tidak ditarik dengan betul
menyebabkan kereta
berundur dan tayar terkeluar dan menjadi kurang 50%
masuk
ke garisan kuning.
6. Kalau pasti, angkat tangan. Kalau tak lepas, buat semula.
MENURUNI BUKIT
1. Masukkan gear 1.
2. Tekan minyak sampai 3.5 @ 4.
3. Lepaskan clutch perlahan2 sampai terasa kereta bergerak ke depan.
4. Lepaskan hand brake.
5. Kereta akan meluncur ke hadapan secara automatik.
6. Perlahankan kereta sebaik menuruni bukit.
www.youtube.com/watch?v=swGz_SZVuKA
1. Masukkan gear 1.
2. Tekan minyak sampai 3.5 @ 4.
3. Lepaskan clutch perlahan2 sampai terasa kereta bergerak ke depan.
4. Lepaskan hand brake.
5. Kereta akan meluncur ke hadapan secara automatik.
6. Perlahankan kereta sebaik menuruni bukit.
www.youtube.com/watch?v=swGz_SZVuKA
TIPS-TIPS UJIAN JPJ – BHG. 3 (JALAN
RAYA) KELAS D (KERETA)
Ketika menghadiri Ujian JPJ, anda perlu
berpakaian sopan dan menjaga tata
tertib. Yang dimaksudkan berpakaian sopan ialah dengan
memakai baju
berkolar, seluar panjang dan kasut. Di bawah ini
adalah tips-tips yang mesti
anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian
jalan raya untuk kereta.
1)
Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan
-Betulkan tempat duduk.
-Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan
-Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan
anda dapat melihat dengan
baik belakang kereta anda.
-Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua itu
-Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua itu
berfungsi.
-Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan
-Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan
enjin kereta.
2)
Memulakan Pemanduan
- Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan
perjalanan.
- Start Ejin.
- Pandang cermin belakang & pandang tepi.
- Minta izin daripada pegawai JPJ untuk memulakan
perjalanan.
-Tekan clutch.
-Masuk gear 1.
-Turunkan hand brek.
-Tekan sedikit pedal minyak.
- Lepaskan clutch perlahan2.
-Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear
seterusnya.
3)
Berhenti di Persimpangan
Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah
memberikan signal
ke arah yang hendak belok. Berhenti kira-kira 2 meter di
belakang garisan
berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan
gear. Pastikan
tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan
sebelum bergerak
keluar.
4)
Memandu di Jalan Raya
Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi
had laju yang
ditetapkan. Di jalan raya, had lajunya ialah
kira-kira 40-60 kmj. Memandu
di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan
anda dapat mengawal
stereng dengan baik.
5)
Memandu di Garisan Berkembar (‘Double Line’)
Anda TIDAK
DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya
di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.
6)
Memandu di Lampu Isyarat
Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. Jika anda nampak
lampu isyarat
bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk
berhenti.
Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti,
and seharusnya
Berhenti.
Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan
untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu
berhati-hati.
7)
Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. Pastikan tangan
anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan
hanya menggunakan
sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang
dengan satu
tangan apabila menukar gear.
8)
Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian
Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal
kiri terlebih
dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan
gear dan tarik
‘hand brake’.
9) Memandu ketika di traffic light
- Ketika dalam 4 tiang sebelum sampai lampu traffic, tukar gear 2.
- Tekan clutch & brek kaki perlahan2 sehingga ruang jarak di depan sebanyak
9) Memandu ketika di traffic light
- Ketika dalam 4 tiang sebelum sampai lampu traffic, tukar gear 2.
- Tekan clutch & brek kaki perlahan2 sehingga ruang jarak di depan sebanyak
1 kereta.
- Tarik hand brek & freekan gear.
- 10 saat sebelum gerak turunkan hand brek.
- Tekan sedikit pedal minyak.
- Lepaskan clutch perlahan2.
- Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.
- Tarik hand brek & freekan gear.
- 10 saat sebelum gerak turunkan hand brek.
- Tekan sedikit pedal minyak.
- Lepaskan clutch perlahan2.
- Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.
Nota:
Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat
tidak berlaku
sebarang kemalangan ketika sesi ujian.
Langkah-Langkah
Untuk Mendapatkan
Lesen
Memandu
1) PASTIKAN JENIS
LESEN YANG MAHU DIAMBIL
Sebelum mendaftar dengan sekolah memandu, pastikan dulu
umur anda
sekarang sudah mencapai had kelayakan untuk mengambil
lesen atau belum.
Had umur untuk lesen motorsikal ialah 16 tahun manakala
kereta ialah 17 tahun.
2) MENDAFTAR DENGAN
SEKOLAH MEMANDU
Pergi ke mana-mana sekolah memandu yang sah dan bincang
mengenai
harga, kemudahan pengangkutan, jumlah jam belajar dan
sebagainya yang
ditawarkan. Kemungkinan juga anda akan gagal ujian
undang-undang dan
ujian praktikal JPJ. Pastikan anda bertanya kepada pengusaha
sekolah
memandu tersebut mengenai jumlah bayarannya. Begitu juga
dengan
Lesen L dan P. Adakah ia termasuk dalam jumlah bayaran
tersebut.
Kebiasaannya harga untuk semua itu bagi lesen kereta
ialah antara RM800
– RM950 manakala lesen motorsikal RM450 – RM550. Anda
boleh
mengurangkan kos seperti menolak kemudahan pengangkutan,
mengurangkan jam belajar dan membayar sendiri lesen L dan
P di JPJ.
Jika sudah setuju boleh terus mendaftar di sekolah
memandu tersebut
dengan menyerahkan salinan MyKad, gambar 2 keping dan
bayaran
deposit. Pastikan resit pembayaran diterima.
3) SENARAI KELAS YANG
WAJIB DIIKUTI
Kursus-kursus
yang wajib anda hadiri ialah:
i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh
mengikuti kelas
seterusnya.
iii) Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.
iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I.
v) Ujian praktikal J.P.J.
iii) Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.
iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I.
v) Ujian praktikal J.P.J.
4) MENGHADIRI KURSUS
K.P.P. 5 JAM.
Pilih hari yang sesuai untuk anda menghadiri kursus
K.P.P. ini. Biasanya
kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 4.00
petang. Pastikan
anda berpakaian kemas seperti memakai baju berkolar,
seluar panjang
dan kasut setiap kali anda menghadiri kelas memandu.
Sijil K.P.P. ini sah
laku selama 1 tahun.
5) UJIAN
UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER
Selepas 3 hari anda menghadiri kursus K.P.P., anda
dibolehkan untuk
menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian
berdekatan
dengan rumah anda. Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal
anda perlu
mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda
menduduki
kelas Pra L. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran
sebanyak RM50
untuk mendudukinya semula. Selepas lulus ujian
undang-undang, anda
diberikan sijil keputusan. Sijil ini sah laku selama 1
tahun.
6) MENGHADIRI KURSUS PRA L – TEORI 3 JAM DAN AMALI 3 JAM
Kehadiran ke kelas ini bagi membolehkan anda mendapatkan
sijil JPJL2B.
Dengan ini akan dapat Lesen L kira-kira seminggu selepas
tarikh anda
menghadiri kursus ini.
7) BELAJAR MEMANDU
KERETA ATAU MOTORSIKAL
Lesen L melayakkan anda untuk belajar secara praktikal
memandu. Untuk
L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya
secara berseorangan.
L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar
yang mempunyai
sijil pengajar. Latihan memandu biasanya adalah selama 4
– 5 kelas atau 8
– 10 jam. Ia
bergantung kepada calon itu sendiri. Ada juga yang belajar lebih
dari itu. Sudah pasti harga juga akan meningkat. Untuk
motorsikal, anda akan
belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, brek
kecemasan dan jalan
raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang
disediakan oleh institut
memandu. Untuk lesen kereta pula, anda akan diajar
menaiki bukit, side
parking, 3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar
di litar kecuali jalan
raya anda akan diajar di jalan raya sebenar.
8) UJIAN PRA ATAU
Q.T.I.
Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk
menduduki ujian praktikal
J.P.J. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di
institut memandu. Penguji-
penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap
pemanduan anda.
Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar
1 atau 2 kelas
lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh
menempah tarikh ujian
praktikal JPJ.
9) UJIAN PRAKTIKAL
J.P.J.
Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar olehpihak JPJ.
Terdapat 2 bahagian
iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya
bagi membolehkan
anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda
akan dikenakan caj
tambahan sebanyak RM100 – RM200 termasuk 1 atau 2 kelas
lagi belajar
memandu.
10) LESEN P
Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan
butir-butir di bawah
kepada sekolah memandu anda :
i) 1 keping gambar.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) 1 keping salinan lesen L.
iv) Bayaran (jika ada)
Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu anda akan
mendapat lesen P
tersebut.
TIPS-TIPS UNTUK LULUS UJIAN JPJ –
KELAS B2 (MOTORSIKAL)
Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang
dengan baik dan
yakin. Walaupun ia nampak mudah, calon perlu
mendapatkan latihan
sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi
memudahkan calon
ketika menghadapi ujian nanti kerana semua latihan
yang dijalankan
adalah sama dengan ujian tersebut.
Pertama sekali harus diingat, sebelum mula menunggang
motorsikal,
calon perlu memakai topi keledardengan
cara yang betul iaitu kemas.
Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika
mengikat tali topi keledar
itu. Antara halangan yang calon akan hadapi di bahagian 2
ujian jpj
ialah membuat pusingan 8.
Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu dengan
menggunakan
gear yang kedua. Ianya merupakan
gear yang lebih lancar, tidak terlalu
perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul
pusingan tersebut supaya
tidak terbabas. Calon sama sekali tidak dibenarkan
untuk menurunkan
kaki ke atas jalan raya. Selepas itu, calon perlu
melepasi laluan titi
sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke
atas.
Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan
pandai untuk
mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan
menggunakan gear 2.
Cuba buat kiraan “satu ribu satu” hingga “satu
ribu tujuh” ketika di
atas titi tersebut.
Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan
untuk menuruni titi
tersebut. Halangan ketiga ialah mengawal motorsikal
ketika melalui
antara kon-kon yang diletakkan
secara “zig-zag”. Di sini ialah halangan
yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon. Sekali
lagi diingatkan,
jangan turunkan kaki ke atas jalan raya. Yang terkakhir
sekali dalam
bahagian 2 ialah memberhentikan motorsikal
secara kecemasan.
Dengan had laju yang sederhana, calon dikehendaki
berhenti dalam ruang
yang diberikan. Calon perlu untuk menekan brake tangan
dan brake kaki
serentak di sini. Ketika berhenti, hanya kaki kiri
sahaja memijak jalan raya.
Kaki kanan masih di atas brake.
Selesai ujian bahagian 2, kini calon perlu pula untuk
melepasi ujian
bahagian 3 iaitu ujian jalan raya. Calon perlu
memeriksa topi keledar
terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian,
periksa satu persatu
lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu
signal kiri dan kanan
di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan
serta bunyikan hon
sebelum berjalan.
Pastikan calon memberikan isyarat signal dan isyarat
tangan sebanyak
tiga kali jika ingin belok ke kiri atau kanan.
Ketika berhenti, pastikan
tangan kanan diangkat menandakan calon
berhenti. Apabila selesai,
turun dari motor dan letak motor tersebut dengan “Stand”
dua kaki.
Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan
calon ditolak
markah.
Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam
menghadapi ujian tersebut.
www.youtube.com/watch?v=IpOWevTpMOA
www.youtube.com/watch?v=IpOWevTpMOA
Semoga Berjaya.
Terima kasih ^_^
BalasPadamserius cuak giler nak amek lesen moto+kete ni....tkot gagal je...Ya Allah...
BalasPadamcuak le jgk amek lesen ni tp seb bek aku da de kete, ley soh membe ajar aku drive at area taman aku ni ckit2, kat litar nnt x r gabra sgt..fuhhh!! Mudah2an aku lulus sume dgn cemerlang..Amiin
BalasPadamakan selalu dibace sepanjang pelajaran pemanduan saya sekarang :)
BalasPadamIst day belajar drive ari nie. X gheti nak balance minyak n clutch, takut mati kat traffic light. Tq 4 da info, harap2 lulus....
BalasPadamterima kasih atas panduan yg diberikan :)
BalasPadamSaya Mahu belajar Memandu..tapi saya takut kereta besar,lori besar,tailer..mcm tak confident aja.
BalasPadamAlhamdulillah..lega sikit bace panduan ni...preparation utk test JPJ hari ni...semoga sy lulus dgn cemerlang..amin...insyAllah...
BalasPadamThanks ye Norsyafawati..huhu...atas panduan ni...
good luck bro
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamadess, kereta lulus, motor boleh pulak terjatuh kat hujung titi..zzz...
BalasPadamsya da lulus undng.. skng lg nak wat lsen L..STRsnYA NK AMeK TEst jPj. . hihihi.. harap2 sume urusan bjalan dngaN LAncaR. . .
BalasPadamterbaik beb,susah nk jumpa sharing is caring like this,my wife,jumaat ni akn test jpj,tima kasih byk fawati.
BalasPadamNak Duit Poket dgn guna FB tak??
BalasPadamRM0.15?? sikit kan??
Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)
KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91
Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
BalasPadamRM0.15?? sikit kan??
Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)
KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91
Terima kasih dengan info yg diberikan....byk membantu sye dlm ujian mmandu...selalu mati enjin...stress... :'( 20hb nie test jpj...Insya'Allah..wish me luck kwn.....Amin....
BalasPadamterima kasih . semoga Allah merahmati kamu . Fuhhh 28hb ni saya akan test JPJ , selalu kena marah dengan instructor tu sebab tak ingat cara kawal handbrake d mana dan bagaimana . semoga semua panduan yang tercatat di atas dapat membantu saya , saya nak print semua ! terima kasih ya ! Love you kak ! <3
BalasPadamYeaaaahhh!!! ALHAMDULILLAH dah pas kedua2 nye....syukur....keta dan motor kini ku dpt P...trima kasih dgn smua bguna diatas..tramat sye hargai...trime kasih syafa..^-^
Padamhari first blaja.. kne marah trok dgn instructor..geram tu mmg ada tp sbb bru nak blajakan mmg x sah klau x buat silap..
BalasPadamSlm cik nor. Entri yg bagus.
BalasPadamTp ade beberapa yg berbeza dgn kls latihan memandu yg sy ambil mggu ni.
Mohon share.
Lalu sini.
jemput follow miszwati88.blogspot.com
T kasih (:
hahahahaha. baru kelmarin belajar memandu.. sakit jantung penguji tu. tapi best jugak.. gagal or lulus blkg cerita, yg penting kita kena buat betul2 dan sungguh2 especially beginner macam saya ni. hehe
BalasPadamterbaik...
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamtimekasih! agak lain sikit dari tempat belajar memandu... lot parking kat sana guna tiang kat sini guna divider... huhu... nasib ada jgak tips, baru la tak ada rasa kosong memanjang... layan takut nak memandu sampai cikgu pengajar pun marah... haha><
BalasPadamterima kasihh diatas perkongsian. hari khamis ni test jpj. doa2 kan ye.
BalasPadamTErima kasih atas info ni.. ^__^ esok nk pre test . Dah lama tinggal.. 3 minggu dr blaja 8jam dulu.. Lama kan? saya semua okay, just minyak n clucth je kena pandaii.. ^__^ doakan saya esok n JPJ nnt ..
BalasPadamtumpang tanya, kalo waktu nak turun bukit tu kereta terundur kebelakang kita diikira gagal atau tidak?
BalasPadamalhamdullilah jumpa gak info yg sgt berguna ni ..terima kasihh
BalasPadamThanks fo the tips. Really useful !
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadaminfo yg yg padat n sgt bguna , thanx for the tips :) 16/6 ni test JPJ , wish me luck . .
BalasPadamrsaunye nk test jpj mngu dpn ...hummmm
BalasPadamTips2 yg amat baik bagi yg baru belajar memandu.
BalasPadamSemoga cekap untuk memandu..ameen ����
BalasPadamterbaik laaa tips..
BalasPadamkalau sudi dtg blog saya...
kesan berhenti merokok
http://warkahterkini.blogspot.com/2014/09/kesan-selepas-berhenti-merokok.html
thanks a lot sharing this article. it really helping me to face with jpj driving test this wednesday. i want to share ur article in my blog if u dont mind abt it :-)
BalasPadamkena repeat test motor . ciss punye jpj
BalasPadamTerima kasih sbb share tips2 ni. Sangat bermanfaat bagi saya yg sedang belajar memandu
BalasPadamaduii susahnya dh lah 18/02 nk test jpj apa2 pun tak konfiden lagi fuuh...
BalasPadambelajar time ada class jer...
thanks for tips
Selamat aku dah dpt lesen,mengeletar bila jpj kat sebelah,,,,
BalasPadamSelamat aku dah dpt lesen,mengeletar bila jpj kat sebelah,,,,
BalasPadamTq 4 the info....sangat brmakna...
BalasPadamtengok blog ni, baru teringat kat lesen motor,
BalasPadambila tamatnyer eh??
huhu, kang tak pepasal kena saman.
dah la hari raya tu beraya sakan dengan motor tu. haha
(dengan lajunyer melangkah ke motor dan buka seat)
~blogspot : rawatankanser2013
lagi satu nk kongsi sebagai rakan2...klu test jpj nnti..ingat part ambil parking..mase nk masuk ke bhgian kotak paking...waspada pada bumper belakng jgn sampai cecah sikit garisan...dh kira gagal..walupon bukit z dan s anda lepas..anda akn ambil ulangan semula nnti....sbb sy dh terkena...semasa belajar mmmndu..instructor..akn bgi tau hnya..tayar blkang jgn cecah garisan..tpi silap..mse jpj bumper main peranan..anda akn buat ulangan semula..sekadar berkongi...
BalasPadamCUAKK GILER...ESOK NAK G TEST JPJ... HATI NII DARI ARINI AG DA DUB DAP DUB DAP... :{
BalasPadamPaling x suke kereta manual,,,
BalasPadamesok aku test jpj trima kasih tips ni sgt membantu hrap esok aku lulus dengan sempurna test jpj ini cuma skrg ni aku x lulus parking je
BalasPadaminfo yang membantu. terima kasih :)
BalasPadamperlu tak buat pemeriksaan kereta( wiper signal dll) semasa ujian bhg 2(yg mendaki bukit tu)
BalasPadamSalam, kalau dh ade lesen moto full (bkn P), bila dpt lesen kereta adakah lesen kereta itu P? Klu ye adakah sy perlu memegang 2 lesen?
BalasPadaminfo yg amat membantu. esok saya test jpj . terima kasih yaa
BalasPadamGooodluck
PadamBerdebarr nak bawa motor
BalasPadamThanks..thia info really helping me😊
BalasPadamUtk laluan S dgn Z xde tips ea 😅🙃 Sy bru blaja hri kedua, still x reti nk mngagak pulas stereng banyak mana.. 😢
BalasPadamBru hri kedua???lek² je😅.... S:amik jarak sblm masuk amalkn cito,cermin kiri knn blkng,isyrt,titik buta,olahgerak.lpskn clutch scara prlhn...klo clutch tinggi lpskn lg pedal +minyk sikit...bila da gerak lps minyak,perlahan² lps clutch abis dan main brek dan streng saja...nk brhnti tkn cluth tekan brek slow2..
PadamZ:sama je tips n S,just kawal clutch n streng bila nk belok z yg otw nk hbis tu(stu belokan lg tu) klo x mahir berhenti skjp(tk clp saya kne tolak mrkh klo brhnti)tpi better mrkh kne tolk dr gagal serta merta😁,balas stereng ke kiri cpt truih jln dan brrhenti sblm garisan...klo da bnyk kli praktik awak boleh trus blas streng je kne cepat tauu.. P/s-main cluth,brek dan stereng je kne alert ofcoz
Terima kasih penulis blog, alhamdulillah lulus saya test JPJ motor B2 semalam.
BalasPadamKpda penulis saya nak tau mcmana kita boleh tau bila kita nak tukar gear
BalasPadam