InsyaAllah, semua orang Islam yang mukmin akan memerlukan taubat dirinya bagi penjernihan jiwa.
ALLAH SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya sebagaimana di dalam Al-Quraanulkarim:
(Surah At-Tahrim: Ayat 8)
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat Nasuha' (taubat yang sebenar), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya dengan firmanNya:
(Surah Az-Zumar: Ayat 53)
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Az-Zumar: Ayat 54)
Maksudnya:
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan".
Syarat-syarat taubat :
- Ikhlas ingin bertaubat;
- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi;
- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan;
- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya; dan
- Dikerjakan sebelum ajal tiba.
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Masa (waktu) Melaksanakan Taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada setiap mukmin untuk segera bertaubat pada bila-bila masa sahaja.
Mengambil satu contoh kepada kes anak-anak yang susah hendak belajar. Sebab-musabab anak susah untuk menerima pelajaran itu berkemungkinan bukan sahaja kesilapan telah dilakukan oleh anak itu sendiri bahkan mungkin ada kesalahan yang dilakukan oleh kita sebagai ibu atau ayah. Ibu ayah bertanggungjawab dan pemikul amanah Allah SWT terhadap anak-anaknya. Suami pula bertanggungjawab terhadap isterinya. Oleh sebab itu marilah kita segera bertaubat supaya kesilapan yang tidak disangka-sangka atau tidak diketahui yang menjadi penyebab kepada susahnya ilmu yang ingin difahami oleh anak-anak. Selepas bersolat taubat marilah kita bermunajat ke hadrat Allah SWT agar kesilapan kita (sebagai ibu atau ayah) tidak menjadi punca atau berterusan kepada kesusahan dan kepayahan untuk anak menimba ilmu dan mohonlah kepada Allah SWT banyak-banyak mudah-mudahan segala kesalahan diampunkan. Semoga anak-anak diberi hidayah dan mudah memahami atau menghafal perkara-perkara yang dipelajari. Begitulah hal-hal dengan perkara-perkara yang lain di dalam kehidupan berkeluarga.
Mengambil satu contoh kepada kes anak-anak yang susah hendak belajar. Sebab-musabab anak susah untuk menerima pelajaran itu berkemungkinan bukan sahaja kesilapan telah dilakukan oleh anak itu sendiri bahkan mungkin ada kesalahan yang dilakukan oleh kita sebagai ibu atau ayah. Ibu ayah bertanggungjawab dan pemikul amanah Allah SWT terhadap anak-anaknya. Suami pula bertanggungjawab terhadap isterinya. Oleh sebab itu marilah kita segera bertaubat supaya kesilapan yang tidak disangka-sangka atau tidak diketahui yang menjadi penyebab kepada susahnya ilmu yang ingin difahami oleh anak-anak. Selepas bersolat taubat marilah kita bermunajat ke hadrat Allah SWT agar kesilapan kita (sebagai ibu atau ayah) tidak menjadi punca atau berterusan kepada kesusahan dan kepayahan untuk anak menimba ilmu dan mohonlah kepada Allah SWT banyak-banyak mudah-mudahan segala kesalahan diampunkan. Semoga anak-anak diberi hidayah dan mudah memahami atau menghafal perkara-perkara yang dipelajari. Begitulah hal-hal dengan perkara-perkara yang lain di dalam kehidupan berkeluarga.
Amat paling penting ialah kita perlu membangkitkan jiwa untuk segera bertaubat tanpa berlengah-lengah lagi dengan sentiasa mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur yang merupakan perkara yang amat pasti tanpa mengira umur, sama ada muda atau sudah tua. Bila? Tak usahlah dibicarakan, yang pastinya kita perlu berusaha bersungguh-sungguh mengerjakan amalan yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarang-Nya. Mungkin kita telah banyak kali melakukan pelbagai perkara yang salah seperti tidak menutup Aurat dan sebagai-sabagainya. Persoalan dan perkataan mengenai "mati" adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati bererti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai bermula terputusnya segala nikmat dunia. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak-anak atau isteri atau suami, sempat juga kita mengalirkan air mata kesedihan, apatah lagi berpisah untuk selamanya. Tetapi perkataan 'mati' itulah nasihat yang terbaik bagi kita ummat muslimin (ummat Rasulullah SAW).
Lihatlah dan bacalah Firman Allah SWT:
Ingatlah dan ketahuilah mengenai azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa akibat daripada kufur dan ingkar akan amaran Allah SWT sebagaimana Firman-Nya:
(Surah Az-Zumar: Ayat 30)
Maksudnya:
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati".
(Surah Az-Zumar: Ayat 16)
Maksudnya
"Bagi mereka (yang kufur dan ingkar - kafir, disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"
Dengan mengingati syurga yang akan menjadi tempat tinggal yang kekal bagi orang-orang yang soleh, maka marilah kita membangkitkan keinginan jiwa kita untuk melakukan taubat dengan segera. Firman Allah SWT:
(Surah Az-Zumar: Ayat 73)
Maksudnya:
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) .
Oleh itu bersegeralah kita melakukan Solat Sunnat Taubat tanpa melengah-lengahkan masa.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat;
- Waktu melakukan Solat Taubat – Pada bila-bila masa sahaja jika kita merasakan telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim untuk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
- Lafaz NIAT
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَErtinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
- Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun: .
- Rakaat KEDUA- Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali:
- Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala):
- Selepas salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak 100 kali atau yang semampunya,
لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Ertinya:
Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri
أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
وَ أتُوبُ إلَيْكَ
Ertinya:
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.
- Selepas itu bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali atau yang semampunya,
الْعَظِيمَ سبحان الله
Ertinya:
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.
- Selepas itu bacalah:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Ertinya:
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa,
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja.
Dialah yang menghidupkan
(orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan)
dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
- Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);
الْعَظِيمِ بِاللَّهِ إِلَّا قُوَّةَ وَلَا حَوْلَ لَا
Ertinya:
"Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".
- Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ
Ertinya:
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"
- Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ،
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،
وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ertinya:
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
Soalan: Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa.
Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri,
saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak
mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah?
Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa
macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr
berikan nasihat kepada saya?
Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri,
saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak
mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah?
Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa
macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr
berikan nasihat kepada saya?
Safwan, Melaka.
Jawapan Dr MAZA: Saudara, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa
saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri
saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus.
Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;
saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri
saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus.
Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;
1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap
dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk
tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau
menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon
ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang
mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga
tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan
itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan
dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian
itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali
‘Imran: 135-136).
Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan,
ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.
2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya
diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia
lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan
keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk
jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal
dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam
keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi
dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha
atau yang ikhlas. Ia diterima Allah. Sekalipun kemungkinan selepas itu,
atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir
sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang
awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni
dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.
atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir
sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang
awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni
dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.
3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia
bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang
hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman
yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan
takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang
hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak
mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam
sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu
sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya
telah benar-benar bertaubat.
4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh
lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh.
Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya
tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu.
Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam
dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini
berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa.
Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan
Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.
dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa,
lalu dia berkata: Wahai Tuhanku
ampunilah dosaku. Lalu Allah azza
wa jalla berfirman: HambaKu
melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang
boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain
ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali
melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku
telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman:
HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan
yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang
lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa
sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa
ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan
dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun
dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah
apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim).
6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah
menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha
Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati
kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya
mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri.
Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian
menjemputnya pergi.
7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira
besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan
berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui
batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan
maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana
sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia
lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah az-Zumar: 53).
Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat
hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.
8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah
memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran
mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah
kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali
‘Imran: 8).
Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku
atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai
sahih).
9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan
mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan
mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan.
Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan
orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan
petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan
janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka
hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan
janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung
hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami,
serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah
melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan
kepada kebenaran dan kesabaran.
10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan
jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan
mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda
Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa
belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh
al-Albani).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan